Saturday 9 January 2010

FAMILY ALBUM - JALAN2 KE BUKIT FRASER....














Fraser hill masih lagi menjanjikan suasana yang nyaman dan mendamaikan.  Pembangunannya tidak la serancak cameron highland yang telah kehilangan keunikannya suata ketika dahulu .  Kalu di cameron highland, kekadang terasa macam berada di hong kong  ataupun taiwan terutama nya brinchang.  Tetapi tidak di Fraser Hill... memang rileks.. tapi masa we all kat sana musim hujan.. tak banyak outing yang boleh dibuat..


trips kali ini bersama ina n fendi dan anak (my anak buah) side bro thecools anak2 buahnya masih belum berumah tangga.


Friday 8 January 2010

Galakan Mengerjakan Ibadat Sunat

Dari Abu Hurairah r.a katanya:
”Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.”

 (Riwayat Bukhari & Muslim) 

 HURAIANYA :-


 1. Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu ialah dengan melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalam-amalan an-Nawafil (sunat). 

2. Maka untuk melakukan amalan-amalan tersebut memerlukan jihad, kemampuan serta kerelaan hati, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.



3. Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah seperti: 


i. Sembahyang sunat Dhuha- iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdhalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah 


ii. Berpuasa sunat terutamanya tiga hari dalam sebulan iaitu di hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan dari bulan Qamariah).


iii. Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama setelah sembahyang wajib. Waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah 1 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

4. Dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan yang dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak sedangkan ianya tidak diterima oleh Allah SWT. Hal ini mungkin disebabkan ibadat tersebut dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riya' dan ujub yang membinasakan pahala.





Sunday 3 January 2010

HELO..HELO..HAI..HAI..

Lama sudah tak update blog ini, terlalu sibok dengan urusan rumahtangga..dimusim cuti sekolah.. Alhamdulillah esok sekolah akan dibuka semula... Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan..cuti sekolah selama sebulan dimanfaatkan sepenuhnya bersama.  Banyak masa bersama anak2 dan  suami tercinta.  Terima kasih buat baba..dengan niat untuk mengumbirakan anak2 dan isteri...dan cuti2 malaysia.. InsyaAllah ada manfaatnya dan rahmat dari NYA....