Wednesday, 28 April 2010

Mayat pun turut bersedih...

Semasa ceramah mingguan krusus haji yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nizam.  Beliau menceritakan, selain kita-kita yg masih bernyawa besedih atas kehilangan insan-insan tersayang. Bahawasanya mayat juga mempunyai saat-saat yang paling sedih sebelum berpindah ke alam barzah.  Saat-saat sedih untuk berpisah dengan ahli keluarga kaum kerabat, isteri, suami, dan anak2.
Saat yang paling sedih... ketika mayat telah siap sedia untuk diusungkan untuk dimandikan, bermakna... bermulalah titik permulaan perpisahan di bumi yang nyata, berpisah dari alam nyata kepada alam barzah, berpisah dari kelazatan dunia.  
Berpisah buat selama-lamanya.. Sekiranya ada Rahmat dan Keizinan Allah akan bertemu semula dengan orang-orang tercinta dan zuriat-zuriatnya..didalam syurga Allah....

Maka dari itu.. adakah kerana laba-laba dunia yang tak pernah puas-puas, kita sanggup membelakangkan ukwah sesama kita terbina atas dasar iman dan taqwa.. tepuk dada tanyalan IMAN...