Saturday, 15 August 2009
DOA PEDINDING UNTUK H1NI
Assalamualaikum...
Doa ini hendaklah dibaca 3 kali disetiap pagi dan petang, maknnya selepas subuh dan selepas asar.
Sekiranya kita selalu mengamal doa2 Al Mathurat..InsyaAllah kita tidak masalah untuk menghafalnya. Doa2 didalam Al Mathurat juga boleh kita jadikan pedinding jika sentiasa mengamalkan setiap hari pagi dan petang.. InsyaAllah...
Wednesday, 12 August 2009
INI ADALAH SATU SEBAB MENGAPA H1N1 MELANDA DUNIA
DIPETIK DARI HARIAN METRO...
KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik sambutan hari kemerdekaan negara yang bakal disambut hujung bulan ini, sekumpulan pengamal seks songsang termasuk golongan lesbian dan gay menganjurkan parti liar kononnya untuk menunjukkan mereka juga ‘merdeka’ dan bebas mengamalkan budaya hidup sesat itu di negara ini.
Pesta maksiat yang berlangsung di tepi kolam sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, Sabtu lalu, meraikan peserta yang daripada terdiri pengamal seks sejenis dengan setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk RM60 jika membeli tiket di pintu masuk, manakala yang menempah melalui Internet dikenakan RM50.
Parti yang dianjurkan pada setiap tahun itu mempromosikan budaya tidak bermoral apabila pasangan yang menyertainya bebas bercumbu-cumbuan sambil meneguk arak.
Wartawan Harian Metro yang berjaya menyusup masuk ke parti eksklusif berkenaan mendapati, ia mendapat sambutan luar biasa apabila ramai golongan pengamal seks songsang hadir bersama pasangan masing-masing untuk berhibur.
Pasangan terbabit sama ada gadis remaja, wanita dewasa dan golongan profesional dilihat begitu berbangga dengan naluri seksual songsang mereka dan perasaan itu dipamerkan melalui aksi masing-masing di khalayak ramai tanpa rasa malu.
Selain itu, mereka dilihat berseronok dengan meneguk arak, melakukan tarian ghairah dan berkucupan.
Wartawan Harian Metro menyamar sebagai pengamal lesbian untuk menyertai parti itu selepas mendapat maklumat mengenainya menerusi satu laman web.
Difahamkan, parti pramerdeka untuk pasangan lesbian dan gay dari sekitar ibu kota itu dianjurkan bagi membolehkan golongan terbabit berkumpul dan berpesta sesama mereka.
Sebaik parti bermula, penganjur memaklumkan acara berkenaan bertujuan membolehkan golongan homoseks terdiri daripada lesbian dan gay menzahirkan perasaan diri mereka ‘merdeka’ dan berbangga kerana menjadi pengamal budaya songsang itu.
Komuniti lesbian terbabit dipercayai bergerak melalui laman sembang di Internet serta mempunyai laman web sendiri untuk berbincang perihal aktiviti harian.
Berdasarkan pemerhatian, parti liar itu bermula lewat petang dan kemeriahannya mula terasa selepas jam 10.30 malam dengan lebih 30 wanita yang bercampur-baur tanpa mengira kaum dan agama, menari di pentas tarian sambil disinari pancaran lampu berwarna-warni dengan DJ memutarkan pelbagai lagu terkini.
Walaupun parti berkenaan dianjurkan komuniti lesbian, golongan gay dan biseks juga dialu-alukan menyertainya.
Semakin lama muzik dialunkan, semakin ramai golongan lesbian dan beberapa pasangan gay menggayakan tarian seksi dan mengghairahkan.
Turut dilihat beberapa pasangan songsang yang duduk di tepi kolam renang bermesra dan bercumbu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling.
Bagaikan ‘Mat Salih’, remaja Melayu terbabit tanpa segan silu mengusung botol atau tin bir atau bekas minuman dipercayai berisi campuran minuman ringan dan arak.
Pada masa sama, sungguh menjijikkan melihat aksi beberapa wanita Melayu menari ‘berkepit’ dengan pasangan wanita mereka dalam keadaan amat mengghairahkan.
Seorang lesbian ditemui di parti berkenaan dikenali sebagai Tina, berusia 20-an, mengakui parti seumpama itu kerap dianjurkan komuniti seks songsang itu untuk meraikan perayaan tertentu termasuk Hari Merdeka dan Tahun Baru.
“Parti ini untuk kaum sejenis berhibur, menari, minum arak serta melayan nafsu masing-masing secara terbuka.
“Merdeka bagi kami (lesbian) adalah bangga dengan naluri seks yang menyukai rakan sejantina dan tidak menerima lelaki sebagai pasangan hidup,” katanya bangga.
Tina berkata, jika menyertai parti seperti itu, golongan yang sering dikeji masyarakat seperti dirinya berasa diri diterima semua sebahagian lagi masyarakat.
“Dalam parti itu, kami bebas buat apa saja,” katanya tersenyum.
KATA SAYA.. RUPA2NYA MASIH RAMAI KETURUNAN KAUM NABI LUTH DIMANA-MANA DLM DUNIA NI.
Sunday, 9 August 2009
SELANGKAH KEHADAPAN BUAT PUTERI KU..AISYAH MUNIRAH..
Alhamdulillah dekat je, tak lah jauh sangat untuk kami menjenguk dia nanti..
Dia yang susah hati dan nervus sampai tak lalu nak breakfast... sian anak ummi..
masa ni kat Dome..diberi penerangan oleh kakak senior...
saat untuk kami berpisah, setelah selesai segala urusan isi borang dan segala yang berkaitan dan sesi penerangan dan melawat kelas dan kawasan persekitaran sekolah.
munirah begambar dgn nina, nurul dan baba..
sukar untuk umie melepaskan tatak sendirian disini...tanpa kami semua...hanya airmata saja yang mampu umie lepaskan bersama.. langkah2 tatak..
umie tak mampu berselindong disebalik ini semua.. tak sanggup lepaskan tatak....
air mata perpisahan...semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita semua...
Buat Tatak...ummi sentiasa mendoakan semoga Allah limpahkan segala RahmatNya kepada anak2 dan zuriat keturunan ummi. Walaupun umie berat untuk melepaskan tatak... tetapi umie redha... ini semuanya datang dari Allah.. ini ujian buat kita semua... Umie berdoa kepada Allah semoga KURNIAAN Allah ini tidak menjadi satu FITNAH buat kita sekeluarga diakhirat kelak. Biarlah Kurniaan Allah ini.. kita sekeluarga mendapat menfaat dan Rahmat dari NYA apabila kita semua dikembalikan semula kepadaNYA...
Tatak merupakan sayap kanan umie dirumah... memang amat terasa tanpa tatak disisi kami semua.. umie dengan adik2 dan opah lagi.... memang merasa ringan dengan bantuan tatak disisi kami semua. Tapi apa kan daya... Allah Maha Adil Maha Bijaksana.. Maha Mengatur.. Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat didalam yang tersurat.. umie terima KURNIAAN Allah ini dengan hati yang terbuka dan sujud syukur umie panjatkan kepada ALLAH..S.W.T.
Semoga kita semua tabah dan sabar.. dengan dugaan dari Allah ini.. terutamanya tatak... kuat kan semangat.. kejayaan tatak nanti bukan setakat didunia sahaja tetapi adalah lebih penting lagi untuk bekalan kita semua diakhirat nanti adalah pembakar semangat untuk adik2 semua untuk menjejaki langkah tatak kejayaan didunia ini.. dan lebih penting kejayaan untuk diakhirat nanti...itu doa umie. tak ada makna kejayaan didunia ini jika tidak selari dengan kehendak ALLAH.
Tatak...ingat pesan umie ini.. INGAT...ALLAH ADA DIMANA2.. bukan setakat didepan umie dan baba je. JANGAN HIPOKRIT DIDALAM MENJAGA SYARIAT ALLAH. ALLAH SENTIASA MEMERHATIKAN TATAK WALAUPUN UMIE DAN BABA TIDAK DISISI TATAK.
Tatak.. mohon umie... sentiasa jaga sholat, jaga akhlak, jaga peribadi sebagai seorang muslimah, tutup aurat dengan sempurna seperti yang di kehendaki oleh Rasulullah. merendah lah diri selalu...
TATAK dan adik2 sentiasa didalam doa umie....
RABBIHABLI MINLADUNKA ZUURIATAN TYOIBATAN INNAKA SAMIUUDDOA...
Kami semua sayang dan rindu kan tatak...