Saturday, 13 June 2009

ISU DERHAKA - kupasan Ustaz Wan shohor..

Alhamdulillah, selama tiga hari mebincangkan tajuk ini dalam rancangan TANYALAH USTAZ DI TV 9, padat dan jelas kupasan ustaz wan kali ini.

Bila memperkatakan bab DERHAKA ni, selalunya yang terlintas dikepala kita, mestilah derhaka anak2 kepada ibubapa saja. Tetapi kali ini Ustaz Wan sohor memberi penerangan dan pejelasan apakah difinasi derhaka yg sebenarnya.

Derhaka hamba kepada Penciptanya, Derhaka ummat kepada Nabi & Rasulnya, Derhaka anak2 kepada kedua ibubapanya, Derhaka Isteri kepada Suaminya.

Rupa2nya Derhaka Ibubapa kepada anak2 pun dikira juga disisi Allah SWT.
Diantaranya:

kegagalan ibubapa dalam mendidik dan memberi penjelasan didalam beragama.
kegagalan ibubapa memberikan nama yg baik2 kepada anak2 mereka.
maknanya tidak menjaga amanah Allah ini seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.

Friday, 12 June 2009

JANGAN MAKAN CRISPY...


SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...

SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU... ADA (E476)

SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...

SEKIAN, WASSALAM






TOLONG SEBARKAN...

Tolong sebarkan ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu


ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON


Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com<
http://www.thequran.com/> (Father Zakaria) kerana

segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat

Islam seramai

yang mungkin!!!


Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM....jika sebaliknya...


nauzubillah...

Satu Lagi Kejayaan.. Teruskan Kempen Boikot Barangan Israel!

SHAH ALAM, Ahad 6 Jun 2009, Kempen gerakan boikot barangan Israel perlu diteruskan di Malaysia, kerana baru-baru ini satu lagi kemenangan bagi gerakan boikot, apabila Veolia Transport, anak syarikat dari perusahaan multinasional Perancis, Veolia Environnement telah membatalkan projek kerjasamanya dengan pemerintah Israel untuk membangunkan laluan yang akan menghubungkan antara pemukiman-pemukiman Yahudi di wilayah pendudukan haram Israel di Palestin.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, di majlis makan malam antara ahli-ahlinya di sebuah restoran di sini. Menurutnya kumpulan-kumpulan gerakan boikot Israel berjaya memaksa Veolia Transport membatalkan projek bernilai jutaan dollar itu, walaupun terpaksa mengalami kerugian. Veolia sudah berusaha menjual lima persen sahamnya dalam konsortium projek tersebut ke perusahaan lain, usaha itu menemui kesulitan kerana perubahan struktur pemegang saham itu perlu mendapat persetujuan Tel Aviv.

"Pembatalan yang dilakukan oleh Veolia Transport menjadi kemenangan bagi kumpulan pemboikot barangan Israel di Eropah, yang juga berkempen agar perusahaan-perusahaan di Eropah memutuskan kerjasama ekonomi dan pelaburan di Israel. Sepatutnya di Malaysia, gerakan tersebut akan berterusan bahkan perlu digembeling lebih kuat..." Kata beliau lagi.

Veolia telah mengikat kontrak-kontrak jangka panjang dengan kerajaan Israel untuk pembangunan infrastruktur dan projek pengolahan sampah yang memakan masa 25 tahun, seperti yang disebutkan Tom Hayes dari Boycott Israeli Goods (BIG) di England. Kalau jadi dibangunkan projek laluan tram itu, ianya akan memudahkan trasportasi pemukiman pendatang Yahudi di kawasan Jerusalem Timur dengan pemukiman pendatang Yahudi di Tepi Barat.

Dengan itu, rejim Zionis Israel terus menguatkan cengkaman penjajahannya di Jerusalem Timur, walaupun masyarakat antarabangsa telah mengharamkannya. Sejak Veolia Transport menyatakan kerjasama dalam projek di Israel itu, perusahaan Perancis tersebut telah mendapat kecaman dari berbagai kelompok Palestin di Eropah, kerana penglibatan dalam Veolia adalah melanggar peraturan antarabangsa.

Omar Barghouti, ketua Boycott Divestment Sanctions yang pernah berkempen menghancurkan tembok pemisah Israel di Tebing Barat sejak 2004, telah mengungkapkan kegembiraannya atas keputusan Veolia dan menilai keputusan Veolia sebagai kemenangan dan kejayaan atas kempen mereka.

"Sepatutnya kita di Malaysia tidak akan berhenti kempan boikot barangan Israel, selagi keganasan Israel tidak lenyap dari muka bumi ini!" Tegas Dr Hj Mohd Hasyim lagi.!(AK)


sumber : http://www.ibnuhasyim.com (ibnuhasyimblogspot)

manchester city diehard fan..

ahmad syamil abrar...larr, siapa lagi...

peminat surat kabar no 1...




Monday, 8 June 2009

CIRI2 AHLI SYURGA

Pagi tadi dengar caramah ustaz Rujhan Mohammed dalam rancangan muqqadimah di tv9, membincangkan tajuk ciri2 yang perlu ada pada diri sesorang untuk menjadi ahli syurga...
rasa jauhlah diri ini, untuk mencapai kearah itu...

Untuk menjadi ahli syurga sesorang itu perlu ada 4 pekara dalam dirinya.

1) Seseorang yang khusyuk didalam sholat nya....

inilah yang amat payah utk dilakukan,
bertahun2 sholat, belum mendapat khusyuk dalam sholat secara mutlak. Kata dek ustaz
semasa menangkat takbir...kita imagine kan..buangkan segala-galanya dalam diri kita.
pangkat, harta, anak2..kerja..lepaskan semuanya kepada Allah yg akan mentadbirkan
segala yang ada pada diri kita. Ingat...ketika mendirikan sholat... kita kena ehsan..iaitu..
memikir Allah ada dan sedang memerhatikan segala gerak geri dan mendengar kata2
dalam hati.
Bagi diriku...aduh...mula2 ok..memang niat untuk mendirikan sholat, tiba2 pulak.. tiba
pulak portmeirion terlintas dalam hati, oh...nak buat entry dalam blog dan macam2 lagi.
apakan daya...tetap berusaha sampai saat yang dikehendaki Allah...

2) Orang yang menghindarkan dirinya dari kelalaian benda yang lagha....

bab ni kata dek ustaz, diakhirat nanti banyak kekesalan yang berlaku pada anak2 adam
berkaitan dgn pengurusan masanya. Bak kata dek ustaz Ghazali Hasbullah... sekarang ni
ramai orang berzikir Ya TV..Ya TV..Ya TV. Banyak masa kita dihabiskan dengan
menonton drama2 dan hiburan2 di TV. Dunia tanpa sempadan...berinternet.. berjam2
mengadap kumputer... aduh..itu aku ler...

3) Orang2 yang menjaga maruah....

umpamanya lelaki atau prempuan memuaskan nafsunya pada saluran yg diredhi Allah.
Memelihara nafsu kemaluanya kepada isteri ataupun suaminya yang halal disisi Allah.

4) Orang2 yang mengeluarkan zakat...

Orang2 kaya, membersihkan hartanya melalui zakat, kerana barakahnya harta sesorang
diukur melalui zakat. Orang2 kaya hendaklah bersikap dermawan..


Wallahuaalam...

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM DR. HJ SHUIB

Pagi ini kami dikejutkan dengan berita sedih, atas pulangnya Allahyarham jiran kami ke Rahmahtullah subuh tadi. Allah lebih menyanyangi Allahyarham, semoga Kak Tom dan anak2 tabah atas ujian dari Allah ini. Kami sekeluarga turut bersedih atas pemergian Allahyarham, semoga ruh ditempatkan bersama2 para sholihin, shuhadak. InsyaAllah...anak2 yg ditinggalkan telah didik dengan nilai agama yg tinggi semoga menjadi pedinding Allahyarham ayahnya dari api neraka... ameen.