Tuesday, 20 April 2010
5 cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapandan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatanRabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
dipetik dari blog kakimotong.. terima kasih hairey..
Monday, 19 April 2010
TUAN GURU HAJI WAHID ULAMA NEGERI MELAKA - Ingin mengenalinya...
Semasa mengikuti kuliah tassauf oleh ustaz Omar Saad, siri ceramah mingguan dimasjid Bandar Country Homes, Ustaz Omar ada menyebut tentang koramah yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Wahid. Beliau adalah seorang Wali Allah... Lantas saya pun terpanggil untuk google kedalam internet, mencari identiti Tuan Guru Haji Wahid seperti yang diberitahu oleh Ustaz Omar. Maka inilah yang saya dapat hasil dari pencarian saya di medan alam tanpa sempadan ini... Cumanya adakah beliau orang yang sama yang diceritakan oleh ustaz Omar.. Harap2 betul lah .. apa yang saya cari ini.
Artikel ini saya petik dari website Dewan Ulamak Pas Pusat..
Artikel ini saya petik dari website Dewan Ulamak Pas Pusat..
Didalam gengaman kini... semangat nak baca ni...
Alhamdulillah... buku ini telah pun ada didalam tangan saya kini, bila pulak nak mulakan menyelak helaian demi helaian.. Kalau dah mula membaca.. tak sedar dah dinihari.. asyik gitu.. sampai org sebelah pun tegur.. Sayang untuk memberhentikan pembacaan... sebab esok tak tau rezeki Allah kurniakan mcm mana... Entah sempat atau pun tidak menghabiskan baca buku ini.... Tak mengapa, yang penting istiqamah..
saya dapatkan buku ini di PUSTAKA RAWANG harganya memang berpatutan, berkulit tebal dan helaian mukasuratnya dari kertas yang berkualiti.. Rebutlah peluang untuk menambah ilmu, supaya kita akan sentiasa takut dan getar kepada Allah, dan sentiasa bersyukur dengan Rahmat, Rezeki, Umur dan Iman yang dikurniakanNYA. Dan sentiasa berazam untuk merebut kasih sayang Allah sebagai persediaan kita takkala kita bertemu dengan NYA nanti....
Wallahuaalam....
saya dapatkan buku ini di PUSTAKA RAWANG harganya memang berpatutan, berkulit tebal dan helaian mukasuratnya dari kertas yang berkualiti.. Rebutlah peluang untuk menambah ilmu, supaya kita akan sentiasa takut dan getar kepada Allah, dan sentiasa bersyukur dengan Rahmat, Rezeki, Umur dan Iman yang dikurniakanNYA. Dan sentiasa berazam untuk merebut kasih sayang Allah sebagai persediaan kita takkala kita bertemu dengan NYA nanti....
Wallahuaalam....
Subscribe to:
Posts (Atom)