Thursday, 6 May 2010

PULAU BATU PUTEH... kisah berulang kembali..

Apakah rakyat 1 malaysia sudah melupai peristiwa puteh nya batu ini menyebabkan 1 malaysia ber PUTEH  mata kepada singapura.  Kini berulang kembali...LIMBANG..
Untuk kesekian kalinya...MALAYSIA..berputih mata...

Saya.......KECEWA..KECEWA..KECEWA...
 Anda2 semua bagaimana?????...  rasanya ramai yang tidak kisah kan apa yang berlaku dlm negara terdekat ini.  Janji makan cukup, tidor lena, udah le kan... senang nak kesana kemari  tak der huru hara udah ler kan...janji banyak benda2 yg menghiburkan udah ler kan.... Jangan ada pekara yang heavy2.. nanti susah nak fikir..hanya memening kan kepala udah ler kan....

Wednesday, 5 May 2010

HIJIR ISMAIL... pasti memori indah buat pegunjung Baitullah...


Barang siapa yang tidak sempat sholat di dalam Ka’bah lalu sholat di bagian terdekat Hijir Ismail dengan Ka’bah (3 m), maka sesungguhnya ia telah sholat di dalam Ka’bah. Diriwayatkan oleh Aisyah RA, bahwa beliau ingin sekali masuk ke Ka’bah dan sholat di dalamnya, lalu Rasulullah menarik tangan beliau dan membawanya ke dalam Hijir Ismail, sambil berkata “Sholatlah di dalamnya jika engkau ingin masuk Ka’bah, karena ia merupakan bagian dari Rumah Suci ini”.*

Tuesday, 4 May 2010

RAHSIA API BIRU.....

Pernahkah anda melihat api2 biru yg menyambar kuali chef sedang memasak dikedai2 atau di restoren2...???

Sekiranya anda pernah makan makanan dengan secara yg demikian,anda harus berhati-hati, bermakna makanan anda telah pun bercampur bersama arak  Kadang-kadang juga minyak masak atau air juga digunakan untuk teknik ini, yang di panggil "flambe".  Ia bertujuan utk mencantikkan persembahan si tukang masak dan juga untuk memperlihatkan kemahirannya sesorang chef atau tukan masak.
Untuk mengesan sama ada penggunaa 'flambe' itu dari arak atau minyak kelapa, anda HARUS BETUL-BETUL MEMERHATIKAN WARNA API YANG MENJULANG NAIK DIDALAM KUALI TERSEBUT,  JIKA WARNA API TERSEBUT BIRU, MAKA PILIHAN DITANGAN ANDA.. SILALAH ANGKAT KAKI ATAU PUN ANDA BOLEH BELAHHHH...

Maka dari itu kita mesti lah berhati2 dengan sesuatu yang disuap kedalam mulut kita.. Halalan Thoiybah adalah matalamat kita semua.. InsyaAllah..

Monday, 3 May 2010

Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat....

 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka."

 
Hadis Riwayat Ahmad 

HURAIANNYA :-
1. Fitrah manusia adalah sukakan akhlak yang mulia. Oleh itu seharusnya setiap anggota masyarakat hendaklah menjadikan dirinya seumpama bunga yang menyenangkan hati semua orang yang melihatnya biarpun diketahui bahawa lain orang, lain sifat dan perangainya.

2. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan adalah perkara lumrah dalam kehidupan bermasyarakat kerana sekiranya setiap orang mempraktikkannya nescaya tidak akan wujud jurang atau permusuhan di antara satu sama lain bahkan kehidupan bermasyarakat akan semakin teguh dengan adanya sikap saling hormat menghormati dan merendah diri serta kasih mengasihi.

3. Maka orang yang sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi kerenah kehidupan bermasyarakat sebenarnya adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang memencilkan diri daripada masyarakat kerana orang sebegini tidak mementingkan diri sendiri tetapi sanggup berkorban demi menjamin keamanan dan keharmonian yang mereka semua idamkan. 
Sebagaimana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita dan sebagaimana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. Oleh itu kehidupan bermasyarakat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.