Friday, 19 June 2009

MAKAN atau MINUM DENGAN TANGAN KIRI....

Saya ingin berkongsi berkenaan dengan tajuk diatas, sesetengah kita memandang pekara ni remeh dan tak perlu diambil kira... Sebenarnya..ianya mencerminkan akhlak dan peribadi kita. Saya pernah mendengar ceramah dari ustaz zawawi yusof... jika kita makan atau pun minum menggunakan tangan kiri, syaitan berlumba makan bersama dengan kita. Kalau tak silap saya sahabat Rasulullah, Saidina Abu Bakar (betulkan saya kalu saya silap) sekiranya beliau termakan menggunakan tangan kiri, beliau akan meluahkan semula makanan tersebut, maknanya amatlah diberatkan menjaga adap semasa kita hendak makan ataupun minum

Harap sahabat2 semua sentiasalah menasihati anak2 supaya memberatkan amalan ini supaya apabila hendak makan atau minum utamakanlah tangan kanan, kerana ianya adalah sunnah. Ianya mempengaruhi amalan dan ibadah kita seharian...


sekadar untuk dikongsi bersama.....

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Sunday, June 14, 2009

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman menjadi fasilitator untuk adik-adik sekolah yang menyertai program-program INTIS mahupun bukan INTIS mengajar dan memberi satu isyarat kepada saya: Betapa sukarnya melaksanaka sunnah di masa kini.

Saya bukan berbicara soal sunnah di dalam solat, di dalam wudhu dan lain-lain yang memerlukan mungkin huraian yang terperinci.

Saya hanya mahu memfokuskan pada satu sunnah yang teramat kecil dan teramat mudah; makan dan minum dengan tangan kanan.

Ia mudah tapi sukar. Makan dengan tangan kanan adalah biasa, tetapi minum dengan tangan kanan?

Saya tidak pasti protokol di dalam majlis bagaimana, tetapi yang saya lihat, dari orang dewasa sampai kanak-kanak, kebanyakan yang saya jumpa minum dengan tangan kiri.

Saya pernah menegur anak buah saya yang minum dengan tangan kiri, dia menjawab bahawa makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kiri. Saya menerangkan kepada dia Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam menyuruh makan dan minum dengan tangan kanan. Bahkan makan dan minum dengan tangan kiri adalah perbuatan syaitan.

Hadith ini seolah-olah dilupakan, seolah-olah tidak pernah wujud, seolah-olah ustaz dan ustazah di sekolah tidak pernah mengajarkannya. Jangan pelik jika anda melihat ustaz dan ustazah tanpa segan silu minum dengan tangan kiri.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:


Apabila seseorang kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya [ Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2020 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum...). Di nukil dari buku online 7 tipu daya Syaitan]

Bila saya duduk makan dengan anak buah saya, dan di sekeliling ialah orang dewasa, tatkala melihat dia minum dengan tangan kiri, saya akan terus menegur dengan suara yang kuat, dan saya sedar ketika itu orang sekeliling saya sedang minum dengan tangan kiri.

Boleh sahaja saya menegur anak buah saya dengan suara perlahan, tapi sasaran saya ialah orang sekeliling, biar mereka dengar apa yang saya tegur pada anak buah saya. Saya mungkin tak mampu nak tegur orang dewasa secara 'direct', jadi itulah cara yang saya lakukan.

Saya tidak mahu memberi komentar kepada teknik sesetengah daripada kita yang mana memberikan alasan tangan kanan kotor, lalu cawan dipegang dengan tangan kiri. Jadi untuk mencukupkan syarat minum dengan tangan kanan, maka ditopanglah di bawah cawan dengan tangan kanan. Wallahua'alam saya tidak berani menyatakan ia boleh atau tidak, termasuk dalam sunnah minum dengan tangan kanan atau punah minum dengan tangan kiri. Cuma saya teringat kuliah Ustaz Arif Nazri, begitu juga rakaman kuliah Dr. Abu Ameenah Bilal Philips yang mengkritik amalan sedemikian. Beliau menerangkan bahawa cuba mereka yang buat begitu alihkan tangan kanan mereka, apakah cawan akan jatuh? Pasti tidak, sebaliknya cuba mereka alihkan tangan kiri mereka, pasti cawan mereka jatuh. Ini menunjukkan sebenarnya mereka minum dengan tangan kiri, bukan tangan kanan.

Ketika bersama adik-adik di kem-kem ibadah. Saya selalu mengungkapkan, "Hah nak jadi kawan syaitan, minumlah dengan tangan kiri". Jika di kem ibadah remaja IQ baru-baru ini, saya sering dengan rotan di tangan memerhatikan adik-adik lelaki minum, sesiapa yang minum dengan tangan kiri pasti disergah oleh saya.

Saya harap, biarlah sekurang-kurangnya selepas 3 hari itu, mereka mendapat sedikir perubahan ke arah sunnah, sekurang-kurangnya berubah dari minum dengan tangan kiri ke minum dengan tangan kanan.

Saya sebenarnya tidak faham kenapa hal sekecil ini diabaikan, diremehkan, dan akhirnya ia berleluasa.

Jika sunnah sekecil ini gagal kita pertahankan, bagaimana kita mampu nak mempertahankan benda yang lebih besar dan lebih berat?

Wallahua'lam.




TRENGANU negeri stadium runtuh....

demo pembikinan kaca di nur arfa batik
pembikinan sutera batik...di nur arfa batik
taman tamadun islam..entah lah hati ni tak berapa nak pegi kesini ni, tapi nurul beriya-iya..nak tengok masjid yg tersohor didunia..knowledge..gak tu.
yang ni bro thecool suka...tnb power station, paka...

kebetulan bro thecool ada kerja disana, kebetulan cuti sekolah pulak tu. peluang kitaorg untuk makan angin ke negeri stadium runtuh ni..( jgn marah org ganu yer...). Tak lama kesana 3 hari jer termasuk travelling day... Tak sempat juga meronda2 sekitar kuala trengganu.... nak shopping sutera trangganu pun tak sempat...


Wednesday, 17 June 2009

PERIHAL..TV

Balik dari ambik saufi dari tadika, masa dalam kereta, tiba-tiba saufi cakap... ummi.. SANTA tu baik kan, dia selalu bagi org hadiah ye ummi.. lepas tu kan ummi santa boleh terbang ummi, dengan nada cuba meyakin ummi dia bahawasanya dia suka pada SANTA ni... Terdiam aku seketika..., sambil dalam hati, dok fikir2 apa jawapan yang sepatutnya aku keluarkan pada anak ku ini yang usia baru mencecah 4 tahun.

Dok fikir lagi dibenak ni...ni kat mana dia dapat ni, memang dia dilahirkan di UK, tapi tak sempat bersekolah disana. Teka punya teka... dia selalu mengadap TV cerita kartun hanya di TV 9, disebelah petangnya. Rupa-rupanya, kartun yg dia tengok siri tu CAT DOG (krektur kepala kucing ekor annjing) yang dialih suaranya kepada bahasa melayu. Cuba kita fikirkan cerita mengenai cerita kegembiraan menyambut krismas dialih bahasakan kepada bahasa melayu... so yang mendengarnya kanak-kanak, begitu teruja saufi.. nak jumpa SANTA.. dan nak main salji dengan santa nanti boleh dapat hadiah....Asthafirullahala'azim... kan pening nak menjawapnya.

Petang ni saufi menonton kartun diTV 9 tanpa suara.....

Monday, 15 June 2009

Keadaan Seseorang Ketika dalam Kubur - sesi utk cermin diri..


RASULULLAH S.A.W bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satu lagi disebut dengan nama "Nakir".

Lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?"

Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?."

Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!"

Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."(Abu Hurairah r.a) Huraian


Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga".

"Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak".

Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka".

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


mstar online


HARJADI TATAK....siri mengumbirakan anak2..





baba memanjatkan doa...semoga tatak dan adik2 sekalian dipelihara iman, insan yang sholehah dan sholehin menjadi impian..hidup.



MERAIKAN...

TATAK..
NINA...
BRO THECOOL & ABRAR
ZAHIDAH...
SAUFI ADAM




Hari sabtu yg lepas adalah besday munirah, anak yg sulung, yg ke 16th, tapi on that day, terpaksa bergegas untuk balik ke kampong untuk menghantar opah kesana, kerana ada follow up di hospital seberang jaya. terpaksa day trip jer.. sebab banyak sangat urusan anak2 yg terpaksa diselesaikan sebelum sesi persekolahan bermula...
So sebagai mengingati tarikh tersebut, kita meraikannya di station kopitiam jer, itu yang terdekat, sebagai hadiahnye.. voucher..ke kedai buku MPH. InsyaAllah, nanti kita kesana ye, ummi pun suka ke MPH ni...
Dengan niat untuk mengembirakan anak2...maka ummi pun belanja kek, dan tatak potong kek pada nxt day nya.

Sunday, 14 June 2009

MOHON DERMA MASJID DI BOSNIA

DISINI SAYA INGIN WAR-WARKAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG SAYA INI, UNTUK MEDERMA IKHLAS SEBANYAK YANG MUNGKIN ATAU SEMAMPU YANG MUNGKIN KEPADA MASJID YANG DIBINA DI BOSNIA. AMAL MURNI TELAH DIUSAHAKAN OLEH YANG BERBAHGIA USTAZ WAN SOHOR BANI LEMAN.

DARI USTAZ WAN SOHOR..
Assalamulaikum trimekasih atas bantuan ini Allhamdulillah no akauk maybank 5140 6605 4194 2 gambar masjid lama/tua yang berusia lebih dr 300 tahun, bahkan ada org2 tua tempatan kata lebih 500 tahun. masjid ini akan kekal sebagai bahan sejarah dan akan dibina berhampirannya masjid baru bernilai tak lebih 150ribu Marka bosnia...kira-kira 75ribu euro. Mudah2an ALLAH berkati dan permudahkan urusan kita ini. MASJID AS SAHABAT insyaAllah. Wan Shohor Bani bin Leman

ATAU SAUDARA/SAUDARI BOLEH MELAYARI BLOG :

http://dermamasjid.blogspot.com

JAZAKALLAH....