Thursday, 1 April 2010

LAGI BERITA SEDIH...

 secara peribadi saya langsung tak pernah ambil kisah, siapakah dia Allahyarham Din beramboi ini.  Tetapi saya terpanggil.. dipagi jumaat yang mulia ini.. berita kematian satu demi satu termasuk dalam kegiatan harian saya hari ini.   Subuh tadi, dikejutkan dgn panggilan talipon abg sepupu, tatap akhbar..Din beramboi, ke masjid..rakan muslimat bandar country homes.  AllahuAkbar...  Bila, dimana, bagaimana.. kemanakah akhir nya...   kesudahan kita ini.  Ketiga2 mereka ini, menghembuskan nafas dihari yg mulia disisi Allah, bagaimana dgn diri saya..dan anda2 semua rakan pegunjung blog setia saya ini.  Marilah kita bertafakur sejenak... Apakah yg kita mahu dan kita target kan dalam mencari kebahagian, adakah untuk didunia sahaja atau kedua2nya sekali. Apakah kita telah bersiap siaga untuk menghadapi saat  ini yg pasti berkunjung dalam kamus kehidupan kita, Tepuk dada tanyalah IMAN....

Wallhuaalam...

dipetik dari kosmo online...

Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

Al Fatihah : Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar kembali ke Rahmatullah.


Al Fatehah... Semoga Allah mencucuri Rahmatnya keatas  roh Abang Ta, hilang lagi sepohon dahan untuk bergantong, semoga yong tabah atas ujian dari Allah ini, Kami sekeluarga amat merasa kehilangan Allahyarham... akan ke kuala kangsar hari ini..

Dipetik dari Blog ; idhamlim.blogspot


KUALA KANGSAR : PAS Kawasan Kuala Kangsar kehilangan seorang petugas parti yang gigih yang saya kenali rapat apabila kembali ke Rahmatullahnya Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasannya , Ahmad Mokhtar Mutalib yang menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.45 pagi tadi di Hospital Taiping

Pada 21 Mac lepas Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Hj Hadi Awang sempat menziarahi Ahmad Mokhtar b. Mutalib di rumahnya, Taman Kenari, Jalan Baru.

Tuan Guru yang kebetulan ada program berdekatan, telah dibawa ke rumah Almarhum oleh DPP PAS Kawasan diketui oleh , Timb Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar yang juga exco DPP Pusat, Sdr Dr Al Hiss.

Tuan Guru Presiden ditemani oleh keluarganya dan menantu beliau yang juga Ketua Penenrangan DPP Perak, , Ustaz Akmal.

Beliau banyak memberi kata-kata nasihat & perangsang kepada Sdr Mokhtar supaya bersabar dengan ujian dan mehnah perjuangan hidup.

Tidak ada kepastian dimana dan jam berapa jenazah akan disembahyang dan dikebumikan. Namun sesiapa yang ingin menziarah jenazah almarhum bolehlah datang dikediamannya di Taman Kenari di sini.


dipetik dari blog yg idham lim..blog cina islam... 

cut n paste dari blog : MMB.. UTK LIPATAN SEJARAH KAMI SEKELUARGA.....

AHMAD MOKHTAR BIN MUTALIB - TIM YDP K. KANGSAR KEMBALI KERAHMATULLAH

Posted by MisbahulMunir Friday, April 2, 2010

Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar, Ahmad Mokhtar bin Mutalib telah kembali ke Ramatullah kira-kira jam 2.53 pagi tadi di hospital Taiping. Jenazahnya dijangka akan disolatkan di Surau Taman seri Mercu, Kuala Kangsar kira-kira jam 11.00 pagi, dan akan dikembumikan di Tanah Perkiuburan Jalan Baru, K.Kangsar. Al Marhum meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Al Marhum telah terlantar di hospital Taiping sejak beberapa minggu yang lalu akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Datuk Tuan Guru Presiden PAS sewaktu berkunjung ke Perak bulan Mac yang lalu sempat menziarahi beliau di kediamannya.

Al Marhum aktif dalam PAS Kawasan sejak sekian lama, menjadi Timbalan YDP Kuala Kangsar sejak beberapa penggal yang lalu sehinggalah sekarang. Sumbangan kepada PAS Kuala Kangsar sukar dicari ganti, mudah mesra dan senang bergaul dengan orang ramai walaupun berbeza fahaman politik. Al Marhum sangat tegas dalam menyatakan pendirian dan polisi perjuangan. Di atas pengorbanan dalam perjuangan, al Marhum sangat disegani oleh semua orang terutama di Kuala Kangsar.

Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt, dan PAS Perak merakamkan takziah kepada ahli keluarga dan PAS Kawasan Kuala Kangsar di atas pemergiannya serta bersabarlah menghadapi musibah ini.

Misbahul Munir Hj Masduki
Setiausaha BPP Perak.

Wednesday, 31 March 2010

KRUSUS IBADAH HAJI DI MASJID BANDAR CUNTRY HOMES....


Lambaian Kaabah sentiasa didalam lipatan sejarah kehidupan bagi sesiapa yang pernah mengunjungi Baitul Haram ini.  Sebagai persediaan awal..untuk mendalami ilmu2 berkenaan ibadah untuk rukun islam ke 5 ini.  Masjid Bandar Country Homes menjemput Al Fadhil Ustaz Nizam Kamaruzaman untuk sebagai penceramah untuk sesi taklimat, penerangan dan pekara2 yang berkaitan dgn urusan ibadah haji ini.

Gema talbiah dialunkan.. sebagai pembuka tirai kepada majlis ilmu ini,  maka berderailah air mata ini tanpa dapat dikawal kerana rinduuuuu .. rinduuuu ini hanya Allah S.W.T sahaja yang layak menilainya... Semoga Allah memudahkan segala urusan2 yang berkaitan dengan NYA apabila  kami mendapat kad jemputan rasmi dari NYA  sebagai TETAMU NYA..INSYAALLAH... AMEENNNN YAA AMEENNNN....

RABBI YASSIR WALATUASSIR YA KARIMM.....

YAKJUT & MAKJUT...kemunculannya membawa kembali kezaman primitif

Mungkinkah disini Yakjut dan Makjut dikurungkan oleh Allah...  Kedatangan yakjut dan makjut ini, manusia akan menjalan kehidupan penuh dengan kepayahan, ini adalah kupasan dari Dr.Daniel dan juga Saudara Muhammad Alexender ( pengarang buku - Alexender Adalah Zulkarnain terbitan PTS, buku ini boleh didapati digedung2 buku.. ataupun anda boleh ke MPH utk mendapatkan buku ini).


Mereka ini akan meminum darah dan membaham daging manusia.  Keluarnya yakjut dan makjut ini dari tembok yang dibina oleh zulkarnain, akan membawa kerosakan kepada manusia sejagat,  zaman itu manusia kembali kepada kehidupan primitif... tidak ada aircon, tidak ada internet.. tidak ada infra...serbi serbinya manusia tidak ada.  Apakah anda boleh bayangkan bagaimana kehidupan diketika itu.. Tepuk Dada Tanya Lah Iman... 

Wallahuaalam...

Sunday, 28 March 2010

YAKJUT & MAKJUT.. HALAKAH DI TV9... sungguh mengerunkan...

MALAM TADI, SEKIRANYA ANDA MENGIKUTI RANCANGAN HALAKAH DARI TV9, PERBINCANGAN MENGENAI YAKJUT DAN MAKJUT INI, DIBARISI OLEH AHLI PANEL.. 
DR. DANIEL DAN SAUDARA MUHAMMAD ALEXENDER DARI INDONESIA.  PASTI MEMBUATKAN ANDA TIDAK BOLEH UNTUK MELELAPKAN MATA. JANTONG ANDA AKAN SENTIASA BERDUP DAP KERANA MEMIKIR DAN KEBIMBANGAN.  

  TAK ADA NILAINYA DUNIA DAN ISINYA APABILA ALLAH MENURUNKAN BALA DAN KEROSAKAN YANG DIBAWA OLEH YAKJUT DAN MAKJUT INI.   IANYA DITURUN KAN OLEH ALLAH ATAS BALASAN ALLAH S.W.T KEATAS HAMBA2NYA YANG TIDAK MENJAGA AGAMANYA.  DENNGAN BERLAKUNYA PELBAGAI KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH UMAT MANUSIA, SEUMPAMANYA... MAKSIAT BERLULUASA, KEBANJIRAN ANAK2 HARAM ( ANAK YG TAK SAH TARAF) DAN BERBAGAI LAGI...  MASYAALLAH...ALLAHUAKBAR TAKUTNYA SAYA. BILA MENDENGAR KUPASAN2 DARI KEDUA2 AHLI PANEL INI.   BETUL2 INSAF..


UNTUK FITNAH DAJJAL.. RASULULLAH ADA MEWASIATKAN KEPADA KITA SUPAYA MENGAMALKAN AYAT DAN DOA2 TERTENTU, TETAPI FITNAH YAKJUT DAN MAKJUT INI.. APA KAH ADA DOA2 TERTENTU YG PERLU DIAMAL KAN UNTUK MENGELAKKAN KITA DARI TERKENA BAHANA DAN BALA YG DIBAWANYA.  BAK DI KATA OLEH DR. DANIEL.. TERUSKAN DAN BERSITQAMAH DALAM BERIBADAH, YAKIN DENGAN KASIH SAYANG ALLAH... SENTIASA MENGHARAPKAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG DARI ALLAH... INSYAALLAH ALLAH ITU LAGI BIJAKSANA DALAM SEGALA URUSAN KITA..


WALLAHUAALAM...