Tuesday, 29 September 2009

SAAMBUTAN EID DI CHERAS..












my three cents

dlm kereta perjalan menuju ke cheras....
suka bangat si saufi ni...

GAMBAR2 DIPAGI 1 SYAWAL..



Gambar kenangan The blues gang ni di rakamkan sebelum bertolak ke cheras, kerumah ciknyah dan sebelum tu pegi ziarah pusara mak dan bapak di jalan kuari, cheras. InsyaAllah..lain kali tak payah susah nak ziarah kubur lagi bila musim raya. Haru biru dibuatnya, dah jadi macam temasya ler pulak. Sedih tengok kejahilan setengah hamba2 Allah..tentang keperluan dan adap2 menziarah kubur. Mengenangkan kali terakhir aku, suami dan anak2 menziarah kubur atok dan opah diorang last hari raya, semasa mengandongkan abrar 8 bulan.
Terpaksa la jugak aku gagahi...meredah manusia2 yang kebanyakannya jahil tentang ilmu mengenai adap2 menziarahi kubur. Ada yang berpakaian tapi mcm telanjang.. kebetulan hari hujan... amboi mak..tingginya angkat kain, apa lagi.. nampak lah betis.. dan bermacam2 lagi.
Last 19th sept is my besday, tak celebrate pun, sebab hujung ramadhan dah..pun sibok dengan persiapan eid, so tak kisah sangat beseday pun. So bro thecool beli kek, potongnya dipagi syawal ari tu... dah tua dah aku ni.. eiiii berapa lama lagi lah Allah nak bagi pinjamkan aku ni pada anak2 dan suami... tak lama lagi dah umur akan menjankau ke limapuluhan....


Sunday, 27 September 2009

CERITA2 DIAKHIR RAMADHAN DAN SAMBUTAN EID MUBARAK..

Semangat berkobar2 semua nak buat sendiri untuk sambutan eid mubarak kali ini. Tapi apa kan daya kalu kail panjang sejengkal lautan dalam janganlah nak diduga. Tak termampu dek tenaga dan upaya.. memang serikkk..untuk kesekian kalinya... rasanya tak nak lagi bersusah payah untuk menyediakan juadah sempena pagi syawal. Habis tah kemana.. penghayatan malam2 terakhir Ramadhan. Manakan tidak..dok sibok bungkus ketupat, dok sibok kacau rendang atas api.. takut hangit, mana dok fikir nak kemas kain baju lagi nak dibawa balik ke kampong. Dok fikirkan benda2 tu semua...sayang seribu kali sayang...penghayatan akhir ramadhan hanya tipis2 saja yang dapat ditunaikan. Aduhhh fikir2 kan lah..... kemana pergi semuanya...susah payah kita lakukan semasa dibulan ramadhan.... serikkkk..serikkkk. untuk yang mendatang... ala kadar sudahlah...

Yang penting...penghayatan Eid Mubarak..disambut..dan diraikan.. matalamat dan tujuan hari raya itu diberikan Allah untuk hamba2Nya yang baru selesai menghadapi ujian dan rintangan semasa menjalani ibadah2 dibulan Ramadhan..

Wallahuaalam....

ikhlas

shida...