Semangat berkobar2 semua nak buat sendiri untuk sambutan eid mubarak kali ini. Tapi apa kan daya kalu kail panjang sejengkal lautan dalam janganlah nak diduga. Tak termampu dek tenaga dan upaya.. memang serikkk..untuk kesekian kalinya... rasanya tak nak lagi bersusah payah untuk menyediakan juadah sempena pagi syawal. Habis tah kemana.. penghayatan malam2 terakhir Ramadhan. Manakan tidak..dok sibok bungkus ketupat, dok sibok kacau rendang atas api.. takut hangit, mana dok fikir nak kemas kain baju lagi nak dibawa balik ke kampong. Dok fikirkan benda2 tu semua...sayang seribu kali sayang...penghayatan akhir ramadhan hanya tipis2 saja yang dapat ditunaikan. Aduhhh fikir2 kan lah..... kemana pergi semuanya...susah payah kita lakukan semasa dibulan ramadhan.... serikkkk..serikkkk. untuk yang mendatang... ala kadar sudahlah...
Yang penting...penghayatan Eid Mubarak..disambut..dan diraikan.. matalamat dan tujuan hari raya itu diberikan Allah untuk hamba2Nya yang baru selesai menghadapi ujian dan rintangan semasa menjalani ibadah2 dibulan Ramadhan..
Wallahuaalam....
ikhlas
shida...
No comments:
Post a Comment