Saturday, 20 March 2010

AKTIVITI MASJID CAHAYA IMAN BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG


BIRO PENDIDIKAN DAN REMAJA MASJID CAHAYA IMAN BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG AKAN MENGANJURKAN PROGRAM
‘REMAJA HEBAT’

TARIKH: 28/03/2010 WAKTU: 9:00 AM – 4:25 PM TEMPAT: MASJID CAHAYA IMAN KHAS UNTUK: LELAKI DAN PEREMPUAN REMAJA BERUMUR 12 TAHUN SEHINGGA 17 TAHUN
BAYARAN: RM10.00 SEORANG
MINUMAN RINGAN SERTA MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN

ANTARA PROGRAM YANG TELAH DIATUR:
1) TAZKIRAH MOTIVASI OLEH USTAZ ALI OMAR - IMAM MASJID
2) CERAMAH PEMBELAJARAN MATEMATIK OLEH PROFESSOR MADYA
ABU BAKAR MUSA - KETUA JABATAN MATEMATIK UNITEN
3) BENGKEL MOTIVASI OLEH CIKGU BASIR PARTO DAN HJ JAMAL NASIR

SILA MENDAFTAR SEKARANG. BILANGAN PESERTA
ADALAH TERHAD. !!!!!!!!!

HUBUNGI BIRO PENDIDIKAN PADA TALIAN 019 2142261
DR ABD RAHMAN UNTUK KETERANGAN LANJUT

Thursday, 18 March 2010

HADIS PILIHAN - AMALAN YANG DITUNTUT...


Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan...


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: "Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi." 
 
ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.

iii) Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.

iv) Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.

  
Pengajaran Hadith:

i) Umat Islam dilarang melakukan perkara yang buruk dan dibenci agama dan masyarakat tetapi hendaklah sentiasa berbuat kebaikan. 


Ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.


Iii) Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.


iv) Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.