Friday, 12 March 2010

SEPETANG BERSAMA PROF. DR HARLINA HJ SIRAJ

Alhamdulillah..jemaah muslimat masjid cahaya iman bandar country homes, merasa bertuah atas kesudian Prof. Harlina meluangkan masa bersama2 untuk menyampaikan ceramah motavasi kepada muslimat2 khariah bandar country homes.  Banyak yang dikongsi dan dimanfaatkan bersama, selain nasihat dan pandangan yang dilontarkan kepada kaum hawa. Untuk memotivasikan diri agar lebih bersemangat dan istiqamah didalam segala lapangan yg diceburi. Sempatlah jugak bergambar kenangan bersama Prof. dan sebahagian AJK muslimah masjid bandar country homes, tapi ramai juga yg telah beredar, tak perasan ada sesi bergambar beramai untuk peminat2 Prof...

Wednesday, 10 March 2010

HADIS PILIHAN - Allah Melaknat Orang Yang Makan Riba

ALLAHUMMA HASIBNI HISABANN YASSIR...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” 

Huraian....

i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi. 

ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.


iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud ‘az ziadah’ (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat. 


iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :“Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)” al-Baqarah : 275) Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. 


v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.


vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah. 


vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya...


 komen aku...
Dimanakah aku sebagai seorang yg terlibat dengan urusan jual beli ini, Ya Allah.. sentiasa ku pohonkan bimbingan dan pertolongan MU didalam menunaikan amanah yang diberikan inii...  Bantulah aku..kasihilah aku.. Ampuni lah aku....sekiranya apa yang aku usahakan ini mendatangkan kemurkaan MU Ya Allah...



Sunday, 7 March 2010

Kasih Sayang Dan Kebencian Allah Mengatasi Segalanya..

Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim 
 
HURAIANNYA;-
 
1. Doa adalah mustajab bagi orang mukmin oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri dengan penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-sifatnya.
2. Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepadanya supaya diterima doanya.