Friday, 4 June 2010

PERSOALAN MENGENAI BLOG " kebenaran asalama"

  Blog ini telah pun diwar-warkan oleh Ustaz Noramin suatu ketika dulu, mengenai kesesatan yg dihujahkan oleh penulis blog tersebut..Saya sering ke blog tersebut..untuk membaca hujah2 yg diutarakan oleh penulis blog ini mengenai ARABAYA, ASLAMA, dan berbagai lagi yg sebutannya akan bercanggah dari sebutan kelaziman kita semua apabila membaca Al-Quran. Berikut adalah persoalan dan jawapan yang saya ajukan kepada pengunjung setia blog tersebut utk berhujah secara ilmiah kepada empunya blog tesebut iaitu MAHADAYA...

Salam ziarah sdr zaidi, sebagai org awam saya agak keliru apa yg ditulis didalam blog 'KEBENARAN ASALAMA". Mengapakah Allah ditulis dengan Allaha. apakah memang terdapat selain bahasa2 arab yg kebiasaan digunakan orang kebanyakkan. Apakah kelebihan menggunakan perkata2 arabia sptr yg ditulis penulis blog tersebut. Kalu tak keberatan, ingin berkongsi ilmu dari sdra zaidi. Terima kasih..

dan ini adalah jawapan dari mereka berdua...

Salam..kak Shida.

Blog tersebut dicipta si penulis dengan bersebab:-

1) Menyesatkan orang Islam kebanyakan secara keseluruhan.
2) Provokasi adrenalin kepada Penjihad Agama
3) Menguji ketauhidan orang yg faham hakikat keTUHANan.

Si penulis berkorban demi kebaikan seluruh ummat mungkin melalui petunjuk yg dia terima supaya berbuat demikian. Sesiapa yang tidak sampai ke tahap Ilmu Hakikat dilarang membacanya. Kesesatanlah yg akan diperolehi, semuanya fitnah besar akhir zaman. Kalau kak Shida nak mengintai baca penulisan dia pun kak Shida kena faham keseluruhan al-Quran dan al-Hadis sefaham-fahamnya.

Islam merangkumi iman dan perbuatan/ibadah. Iman ibarat akar tunjang dan sepohon pokok, perbuatan ibarat buah-buahan yg keluar dari pokok. Mengenai masalah sebutan bahasa, ia tergolong dalam perbuatan. Sesetengah orang menyebut BismiLLAH sebagai "BasmALLAH", tiada masalah jika Tauhidnya tetap teguh. Masalahnya ialah penyesatan tafsir dan ideologi yg boleh menyesatkan akidah. Hati-hati ye kak Shida!

dari sdra zaidi..

Ya, betul.. Mahadaya dalam blognya mengulas al Quran secara terus berasaskan tafsir dalam bahasa Melayu, padahal al Quran diturunkan dalam bahasa Arab, dan ia memerlukan ilmu utk mentafsirkannya, bukan sekadar tafsir secara direct dari terjemahan bahasa. Kejahilan ini mampu menyesatkan akidah umat Islam, lebih2 lagi kepada mereka yg masih tercari2 cara berugama..tercari2 jalan yg lurus.
May 22, 2010 1:56 PM
Blogger muadz said...
Hasil dari penterjemahan makna direct dari tafsir Al Quran yg dalam bahasa Melayu (antaranya): 1. Sembahyang subuh jadi 4 rakaat 2. Kiblat di maqam Ibrahim, di 'Bakkah' 2. Solat di sebut Solawat: dari sini tiada selawat ke atas Nabi SAW. 3. "Nabi Mahammada ialah penutup nabi2 yg mana tiada nabi yg baru selepasnya. Akan tetapi, Allaha akan mengirim rasul2nya dikalangan manusia, untuk menjlnkan usaha mengajak manusia ke jln Allaha berpandukan kitabnya" 4. "Puasa sebulan di bulan ramadhan dari terbit matahari (fajar) hingga malam hari (isyak)" 5. "Ternyata bhw nabi yg membawa al quran itu bernama Ahmad dan di beri gelaran Mahamada bermaksud yang terpuji. Jadi siapa pula Muhammad Bin Abdullah? Jelas inilah watak yg dicipta oleh musuh tuhan dan mencipta satu agama baru menggunakan hadis2 yg disandarkan kpd watak yg dicipta ini. Watak ini terhasil dgn meletakkan baris dan tanda pada al quran" 6. " jibril itu bukan malaikat. Jabara Yala bermaksud Perkasa Diri." Dalam pemerhatian saya, cara mahadaya ini: a. MEnggunakan tafsir bahasa melayu utk menterjemahkana semula makna dan isi kandungan al quran b. menggabungkan kebudayaan Melayu sebagai wasilah utk penterjemahan semula al quran mengikut acuan sendiri (tulisan jawi, hikayat2 lama, syair2) jawapan dari sdra Muadz.. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada saudara berdua..

Wednesday, 2 June 2010

LIHATLAH KEKEJAMAN israel...TERUSKAN MEMBOIKOT BARANG2 DARI AMERIKA

fowarded email...

Sahabat2ku sekalian,Sama2lah kita berdoa semoga saudara2 kita yang ditindas dan dizalimi olih orang2 kufur diberi kekuatan dan terus berjihad demi menegakkan Islam ini berjalan dimuka bumi Allah. Insya’Allah. Wallahu’alam  Allah shj yang merestui perjuangan ini….. Selemah-lemah iman apabila hanya dapat benci kejahatan dan doakan kebaikan untuk saudara seislam. Teruskan boikot barangan USA dan jangan shopping kat Singapore. Baca dan baca lagi utk renungan kita bersama..

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...  "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!) Gaza ( Palestine ) Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
 Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan.. Hamas Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.
 The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza ..  this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
 
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )

http://cache.daylife.com/imageserve/09rz5MwaJI43T/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00PX7Jb5hqa0A/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/05YS5pWdu56nO/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/01jU2Jb4hsbnu/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/002CdzGb6122Q/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03MYfZGaVCbgN/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0153gFN3Lu68l/610x.jpg



http://cache.daylife.com/imageserve/0aN04NB3pRc61/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08287YDb219OF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/053RaGiaWBbjZ/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/08Tyf9H7utgan/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0eBHcblchO31k/610x.jpg

http://cache.daylife..com/imageserve/01ZcgI98Vn8gX/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00sogmBeUJb8x/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06hw5Ky1i0bwr/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/019A7QR9XJced/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/01f4fbF8pF2WP/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02AQ72R9Vv556/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0dUxgSJefC3Se/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/048qcQCceg72n/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00jXefb5zT3HF/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/06OD4pJebga4k/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b6D6RugLM9A0/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0cFd1Wt28l4D2/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0gG8f58abwbws/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/07fr3AmgSc4NV/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0b3C8iF4P43Yo/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02tg56100709G/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0drQda19ej7tb/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0baUcc84KmcXE/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0c8P0rr59x8xq/340x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03mgfJ71FObTi/610x.jpg
 PLEASE PASS THIS MAIL .. LET THE WORLD KNOW  

Tuesday, 1 June 2010

Nak bantah tindakan israel kena dapatkan kebanaran dari JAKIM....

PUTRAJAYA, 1 Jun — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.
“Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal “Mavi Marmara” yang terlibat dalam misi “Flotila Kebebasan” bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis.
“Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.
“Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini,” katanya. — Bernama

Monday, 31 May 2010

Aktivis dihantar ke penjara....

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.
Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri.
Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut tetapi mereka yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara.Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai sehingga malam tadi.
Lifeline4Gaza yang memetik sumber IHH melaporkan Turki menghantar tiga buah pesawat ke Palestin yang dijajah oleh Israel untuk membawa keluar para aktivis kemanusiaan ke negara itu.
Pasukan Bulan Sabit Merah negara itu turut menghantar empat sukarelawan ke Tel Aviv untuk memastikan keselamatan para aktivisi dan membawa balik mereka yang terkorban.
Aljazeera melaporkan bahawa identiti mangsa yang terkorban dan cedera semasa diserang tentera rejim masih ditutup oleh entiti haram Israel.
Laman web Sahabat Al-Aqsha pula melaporkan pada hari ini demonstarsi membantah tindakan kejam tentera rejim Yahudi menyerang misi bantuan kemanusiaan Gaza semalam diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika.Hrkh