KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.
Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri.
Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut tetapi mereka yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara.Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai sehingga malam tadi.
Lifeline4Gaza yang memetik sumber IHH melaporkan Turki menghantar tiga buah pesawat ke Palestin yang dijajah oleh Israel untuk membawa keluar para aktivis kemanusiaan ke negara itu.
Pasukan Bulan Sabit Merah negara itu turut menghantar empat sukarelawan ke Tel Aviv untuk memastikan keselamatan para aktivisi dan membawa balik mereka yang terkorban.
Aljazeera melaporkan bahawa identiti mangsa yang terkorban dan cedera semasa diserang tentera rejim masih ditutup oleh entiti haram Israel.
Laman web Sahabat Al-Aqsha pula melaporkan pada hari ini demonstarsi membantah tindakan kejam tentera rejim Yahudi menyerang misi bantuan kemanusiaan Gaza semalam diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika.Hrkh
No comments:
Post a Comment