Friday, 24 September 2010

Alhamdulillah.. dah ada yang perihatin bab2 sebegini.. tapi banyak lagi..

Sumber : Utusan online

Dana dari kelab lumba kuda





REEZAL Merican Naina Merican (tengah) menunjukkan salinan surat yang membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang mendapatkan dana daripada sumber judi untuk program membiayai miskin tegar pada sidang akhbar di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.




KEPALA BATAS 24 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.
Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.
Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.
‘‘Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.
‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Reezal Merican baru-baru ini mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.
Guan Eng bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa wang kerajaan negeri yang dinikmati adalah hasil penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan pentadbirannya selama ini.
Reezal Merican bagaimanapun berkata, isi kandungan surat tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri berhubung isu itu.
‘‘Kita tidak pernah membuat tuduhan melulu tetapi kita meminta penjelasan kerana kita percaya ia turut melibatkan dana untuk orang Islam. Malah, surat itu menyebut sumbangan (RM500,000) merupakan ‘baki’ dana yang disalurkan, bermakna kelab berkenaan sudah menyalurkan sejumlah dana lain sebelum ini.
‘‘Justeru, sekali lagi kita tuntut penjelasan. Anda (media) perlu bertanya kepada beliau (Guan Eng) sendiri atau tanya kepada kelab (lumba kuda) berkenaan. Kita harap ia akan memberi perspektif baru kepada rakyat yang inginkan kebenaran,” jelasnya.
Menjawab persoalan mengenai pendedahan blog pisau.net yang sebenarnya berkisar soal pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas, Reezal Merican berkata, ia tidak menjadi satu isu kerana program membasmi miskin tegar juga melibatkan masyarakat Islam.
‘‘Saya timbulkan perkara ini kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam mengenai sumber pemberian wang oleh kerajaan negeri. Kalau untuk miskin tegar sekalipun, bukankah ada orang Islam di negeri ini yang mengalami miskin tegar dan perlu dibantu?
‘‘Bagi orang Islam, kalau ia (sumbangan) daripada sumber tidak halal, mereka lebih rela susah daripada menerima sumbangan daripada perjudian kerana ia adalah haram. Lumba kuda ini bukankah satu bentuk perjudian?,” tegasnya.

Nelayan Gaza ditembak mati.



BEBERAPA saudara-mara nelayan Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel menangis semasa mereka mengarak jenazahnya di Gaza semalam.



BANDAR GAZA – Seorang nelayan Palestin semalam ditembak mati oleh tentera laut Israel di luar pantai di Genting Gaza.
“Nelayan itu, Mohammed Bakr mati di laut akibat satu tembakan tentera laut Israel di utara Genting Gaza,” kata Adham Abu Selmiya yang mengetuai perkhidmatan perubatan di wilayah Palestin itu.
Seorang jurucakap tentera Israel memberitahu, bot nelayan itu berada di kawasan perairan yang dilarang buat penduduk Palestin dan ia sedang menuju ke arah Israel.
“Tentera telah mengarahkannya supaya berpusing balik. Memandangkan dia enggan mengikut arahan, pihak tentera telah melepaskan tembakan amaran sebelum menembak ke arah botnya,” kata jurucakap itu.
Bot-bot tentera laut Israel yang menguatkuasakan sekatan laut ke atas wilayah Palestin sering melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin bagi mengelakkan mereka memasuki jarak lebih beberapa kilometer dari pantai.

Thursday, 23 September 2010

6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain


GAMBAR klip video YouTube menunjukkan kumpulan lelaki yang membakar kitab al-Quran di bandar Gateshead, utara Britain.



LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.
Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.
Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.
Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.
Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.
Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.
Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.
Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.
Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.
Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.
Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi

sumber : kosmo onlilne..

Wednesday, 22 September 2010

Polis Israel masuk Masjid Al-Aqsa


BAILTULMUQADDIS - Polis Israel menyatakan pihaknya telah memasuki kawasan perbalahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam selepas satu kejadian tembakan yang melibatkan kematian sehingga mencetuskan rusuhan di bandar ini.
"Walaupun dilontar dengan batu, anggota-anggota polis tetap memasuki kawasan masjid," kata satu kenyataan polis Israel.
Menurut kenyataan itu, polis Israel tidak menggunakan pendekatan untuk menyuraikan rusuhan yang biasanya merujuk kepada penggunaan peluru getah dan gas pemedih mata.

SEORANG anggota polis Israel melihat cermin kereta yang dipecahkan oleh penduduk Palestin di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa di Bandar Lama di Baitulmuqaddis semalam.


Pertempuran meletus di bahagian timur Baitulmuqaddis sebelum ini selepas seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh seorang pengawal penempatan haram di Silwan.
Ketegangan tersebut berlaku di kawasan kediaman di bahagian luar dinding masjid itu yang dianggap tempat suci buat kedua-dua pihak penganut Islam dan Yahudi. - AFP

Kosmo online 

Hadis Pilihan - Sunnah Rasul..

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”
 
(Hadis riwayat : -Bukhari) 
 
Huraian :-
Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi. Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain. Walau sekecil manapun sesuatu itu, terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia.