Friday, 24 September 2010
Nelayan Gaza ditembak mati.
BANDAR GAZA – Seorang nelayan Palestin semalam ditembak mati oleh tentera laut Israel di luar pantai di Genting Gaza.
“Nelayan itu, Mohammed Bakr mati di laut akibat satu tembakan tentera laut Israel di utara Genting Gaza,” kata Adham Abu Selmiya yang mengetuai perkhidmatan perubatan di wilayah Palestin itu.
Seorang jurucakap tentera Israel memberitahu, bot nelayan itu berada di kawasan perairan yang dilarang buat penduduk Palestin dan ia sedang menuju ke arah Israel.
“Tentera telah mengarahkannya supaya berpusing balik. Memandangkan dia enggan mengikut arahan, pihak tentera telah melepaskan tembakan amaran sebelum menembak ke arah botnya,” kata jurucakap itu.
Bot-bot tentera laut Israel yang menguatkuasakan sekatan laut ke atas wilayah Palestin sering melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin bagi mengelakkan mereka memasuki jarak lebih beberapa kilometer dari pantai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment