Hari ini JUMAAT... kebiasaannya hari inilah yg paling sibok dalam seminggu, berbanding dengan hari-hari yang lain. Dari seawal pagi bangun...siapkan sarapan pagi dan bekalan untuk anak-anak kesekolah. 6.30 pagi ustaz zahazan di radio ikim, 7.00 pagi rancangan tanyalah ustaz di tv9, pagi ini ustaz zahazan jugak yg menjadi penceramah jemputan untuk minggu ini. Tajuk yang dikupaskan.. selalunya mengetuk dan menghentam diri ini. Aduhhh kenapa setiap kali membicarakan tentang tanggong jawap dan kasih sayang terhadap ibu bapa, di kepala ini sering terlintas ibu mertua ku, bukannya kedua ibu bapaku lagi. Mengenai kesempurnaan diri ini terhadap amanah yg diberi Allah terhadap ibu mertua dan keluarga disebelah suamiku. Didalam benak ini, sejak menjadi isterinya..apa2 keperluan yg difikirkan ibu mertua...
Tetapi, Allah Maha Mengetahui.. akan kelebihan dan kekurangan hambaNya, lantas kita diuji, mengikut kemampuan yang telah Allah anugerahkan kedalam diri kita. Apa-apa demi Allah keredhaan Allah adalah keredhaan ibu. Pasrah...dan tak pernah berputus asa dari Rahmat Allah, selagi hayat dikandong badan, sebelum malam pertama ku bertilam dan berbantalkan tanah, selagi itu doa sering dipanjatkan, agar dibukakan hati ini untuk lebih membebalkan diri demi seorang org tua yang kini sudah sampai masa umurnya kembali kepada fitrah kanak-kanak.. Ameen. Ya Rabb....
Friday, 16 April 2010
Thursday, 15 April 2010
Allah ada, sujud, berdoa dan bertawakal lah kepadaNYA
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
semoga akhlak nya seindah namanya, abrar dan saufi harta2 ummi dan baba....
Wednesday, 14 April 2010
Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”
Hadis Riwayat Anas...
Huraiannya :-
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat
Mempercayai Ramalan Bintang
Dari Zaid bin Khalid, katanya:
“ Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai,baginda menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata:
Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah?” Jawab mereka itu: “Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui.” Kata Rasulullah s.a.w.:
“Allah telah berkata: “Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan:
“ Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.”
hadis riwayat Muslim...
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala.
Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius.
Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.
Tuesday, 13 April 2010
Tanda-tanda Hampir Kiamat
Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!”
Hadis riwayat Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!”
Hadis riwayat Muslim
Kejadian - kejadian seperti pembunuhan sudah sering sekali kita lihat di berbagai media. Kadangkala kita berfikir bahawa kejadian seperti ini adalah kerana zaman sudah berubah.. Manusia sekarang suka bunuh-membunuh, berlaku perzinaan tanpa mempedulikan halal haram dan sebagainya. Seperti yang diramalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa masa sudah mendekati hari kiamat dan tanda-tandanya adalah seperti yang disebutkan di atas. Ini adalah kebenaran.
Bagaimanakah nanti sekiranya umat Islam juga terjebak dalam perkara yang sama (suka melakukan pembunuhan tanpa hak) sedangkan Islam menyarankan agar umatnya hidup dalam keamanan dan menyarankan kedamaian antara sesama manusia. Oleh itu sebaik-baik amal pada ketika dan saat ini adalah menyeru agar masing-masing sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran kerana masa yang kian bergerak pantas akan menjadikan kita lemas di celah-celah kekalutan manusia yang haru biru tanpa arah tujuan sedangkan manusia yang benar-benar beriman sudah tentu tidak akan dapat bertahan tanpa melakukan sesuatu bagi merubah keadaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)