Friday, 16 April 2010

Keluh kesah seorang isteri...

Hari ini JUMAAT... kebiasaannya hari inilah yg paling sibok dalam seminggu, berbanding dengan hari-hari yang lain.  Dari seawal pagi bangun...siapkan sarapan pagi dan bekalan untuk anak-anak kesekolah.  6.30 pagi ustaz zahazan di radio ikim, 7.00 pagi rancangan tanyalah ustaz di tv9, pagi ini ustaz zahazan jugak yg menjadi penceramah jemputan untuk minggu ini.  Tajuk yang dikupaskan.. selalunya mengetuk dan menghentam diri ini. Aduhhh kenapa setiap kali membicarakan tentang tanggong jawap dan kasih sayang terhadap ibu bapa, di kepala ini sering terlintas ibu mertua ku, bukannya kedua ibu bapaku  lagi.  Mengenai kesempurnaan diri ini terhadap amanah yg diberi Allah terhadap ibu mertua dan keluarga disebelah suamiku.  Didalam benak ini, sejak menjadi isterinya..apa2 keperluan yg difikirkan ibu mertua... 

Tetapi, Allah Maha Mengetahui.. akan kelebihan dan kekurangan hambaNya, lantas kita diuji, mengikut kemampuan yang telah Allah anugerahkan kedalam diri kita.  Apa-apa demi Allah keredhaan Allah adalah keredhaan ibu.  Pasrah...dan  tak pernah berputus asa dari Rahmat Allah, selagi hayat dikandong badan, sebelum malam pertama ku bertilam dan berbantalkan tanah, selagi itu doa sering dipanjatkan,  agar dibukakan hati ini untuk  lebih membebalkan diri demi seorang org tua yang kini sudah sampai masa umurnya kembali kepada fitrah kanak-kanak.. Ameen. Ya Rabb....

No comments: