Friday 4 June 2010

PERSOALAN MENGENAI BLOG " kebenaran asalama"

  Blog ini telah pun diwar-warkan oleh Ustaz Noramin suatu ketika dulu, mengenai kesesatan yg dihujahkan oleh penulis blog tersebut..Saya sering ke blog tersebut..untuk membaca hujah2 yg diutarakan oleh penulis blog ini mengenai ARABAYA, ASLAMA, dan berbagai lagi yg sebutannya akan bercanggah dari sebutan kelaziman kita semua apabila membaca Al-Quran. Berikut adalah persoalan dan jawapan yang saya ajukan kepada pengunjung setia blog tersebut utk berhujah secara ilmiah kepada empunya blog tesebut iaitu MAHADAYA...

Salam ziarah sdr zaidi, sebagai org awam saya agak keliru apa yg ditulis didalam blog 'KEBENARAN ASALAMA". Mengapakah Allah ditulis dengan Allaha. apakah memang terdapat selain bahasa2 arab yg kebiasaan digunakan orang kebanyakkan. Apakah kelebihan menggunakan perkata2 arabia sptr yg ditulis penulis blog tersebut. Kalu tak keberatan, ingin berkongsi ilmu dari sdra zaidi. Terima kasih..

dan ini adalah jawapan dari mereka berdua...

Salam..kak Shida.

Blog tersebut dicipta si penulis dengan bersebab:-

1) Menyesatkan orang Islam kebanyakan secara keseluruhan.
2) Provokasi adrenalin kepada Penjihad Agama
3) Menguji ketauhidan orang yg faham hakikat keTUHANan.

Si penulis berkorban demi kebaikan seluruh ummat mungkin melalui petunjuk yg dia terima supaya berbuat demikian. Sesiapa yang tidak sampai ke tahap Ilmu Hakikat dilarang membacanya. Kesesatanlah yg akan diperolehi, semuanya fitnah besar akhir zaman. Kalau kak Shida nak mengintai baca penulisan dia pun kak Shida kena faham keseluruhan al-Quran dan al-Hadis sefaham-fahamnya.

Islam merangkumi iman dan perbuatan/ibadah. Iman ibarat akar tunjang dan sepohon pokok, perbuatan ibarat buah-buahan yg keluar dari pokok. Mengenai masalah sebutan bahasa, ia tergolong dalam perbuatan. Sesetengah orang menyebut BismiLLAH sebagai "BasmALLAH", tiada masalah jika Tauhidnya tetap teguh. Masalahnya ialah penyesatan tafsir dan ideologi yg boleh menyesatkan akidah. Hati-hati ye kak Shida!

dari sdra zaidi..

Ya, betul.. Mahadaya dalam blognya mengulas al Quran secara terus berasaskan tafsir dalam bahasa Melayu, padahal al Quran diturunkan dalam bahasa Arab, dan ia memerlukan ilmu utk mentafsirkannya, bukan sekadar tafsir secara direct dari terjemahan bahasa. Kejahilan ini mampu menyesatkan akidah umat Islam, lebih2 lagi kepada mereka yg masih tercari2 cara berugama..tercari2 jalan yg lurus.
May 22, 2010 1:56 PM
Blogger muadz said...
Hasil dari penterjemahan makna direct dari tafsir Al Quran yg dalam bahasa Melayu (antaranya): 1. Sembahyang subuh jadi 4 rakaat 2. Kiblat di maqam Ibrahim, di 'Bakkah' 2. Solat di sebut Solawat: dari sini tiada selawat ke atas Nabi SAW. 3. "Nabi Mahammada ialah penutup nabi2 yg mana tiada nabi yg baru selepasnya. Akan tetapi, Allaha akan mengirim rasul2nya dikalangan manusia, untuk menjlnkan usaha mengajak manusia ke jln Allaha berpandukan kitabnya" 4. "Puasa sebulan di bulan ramadhan dari terbit matahari (fajar) hingga malam hari (isyak)" 5. "Ternyata bhw nabi yg membawa al quran itu bernama Ahmad dan di beri gelaran Mahamada bermaksud yang terpuji. Jadi siapa pula Muhammad Bin Abdullah? Jelas inilah watak yg dicipta oleh musuh tuhan dan mencipta satu agama baru menggunakan hadis2 yg disandarkan kpd watak yg dicipta ini. Watak ini terhasil dgn meletakkan baris dan tanda pada al quran" 6. " jibril itu bukan malaikat. Jabara Yala bermaksud Perkasa Diri." Dalam pemerhatian saya, cara mahadaya ini: a. MEnggunakan tafsir bahasa melayu utk menterjemahkana semula makna dan isi kandungan al quran b. menggabungkan kebudayaan Melayu sebagai wasilah utk penterjemahan semula al quran mengikut acuan sendiri (tulisan jawi, hikayat2 lama, syair2) jawapan dari sdra Muadz.. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada saudara berdua..

1 comment:

Unknown said...

Salam terima kasih atas perkongsian...terjumpajuga blog sesat ini...astaghfirullah...kesian pada si pemilik...terpesong jauh dilema antara hikayat dan fakta agama.

-ibunoor-
http://www.ibunoor.com