secara peribadi saya langsung tak pernah ambil kisah, siapakah dia Allahyarham Din beramboi ini. Tetapi saya terpanggil.. dipagi jumaat yang mulia ini.. berita kematian satu demi satu termasuk dalam kegiatan harian saya hari ini. Subuh tadi, dikejutkan dgn panggilan talipon abg sepupu, tatap akhbar..Din beramboi, ke masjid..rakan muslimat bandar country homes. AllahuAkbar... Bila, dimana, bagaimana.. kemanakah akhir nya... kesudahan kita ini. Ketiga2 mereka ini, menghembuskan nafas dihari yg mulia disisi Allah, bagaimana dgn diri saya..dan anda2 semua rakan pegunjung blog setia saya ini. Marilah kita bertafakur sejenak... Apakah yg kita mahu dan kita target kan dalam mencari kebahagian, adakah untuk didunia sahaja atau kedua2nya sekali. Apakah kita telah bersiap siaga untuk menghadapi saat ini yg pasti berkunjung dalam kamus kehidupan kita, Tepuk dada tanyalah IMAN....
Wallhuaalam...
dipetik dari kosmo online...
Din Beramboi meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment