Friday, 19 June 2009

MAKAN atau MINUM DENGAN TANGAN KIRI....

Saya ingin berkongsi berkenaan dengan tajuk diatas, sesetengah kita memandang pekara ni remeh dan tak perlu diambil kira... Sebenarnya..ianya mencerminkan akhlak dan peribadi kita. Saya pernah mendengar ceramah dari ustaz zawawi yusof... jika kita makan atau pun minum menggunakan tangan kiri, syaitan berlumba makan bersama dengan kita. Kalau tak silap saya sahabat Rasulullah, Saidina Abu Bakar (betulkan saya kalu saya silap) sekiranya beliau termakan menggunakan tangan kiri, beliau akan meluahkan semula makanan tersebut, maknanya amatlah diberatkan menjaga adap semasa kita hendak makan ataupun minum

Harap sahabat2 semua sentiasalah menasihati anak2 supaya memberatkan amalan ini supaya apabila hendak makan atau minum utamakanlah tangan kanan, kerana ianya adalah sunnah. Ianya mempengaruhi amalan dan ibadah kita seharian...


sekadar untuk dikongsi bersama.....

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Sunday, June 14, 2009

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman menjadi fasilitator untuk adik-adik sekolah yang menyertai program-program INTIS mahupun bukan INTIS mengajar dan memberi satu isyarat kepada saya: Betapa sukarnya melaksanaka sunnah di masa kini.

Saya bukan berbicara soal sunnah di dalam solat, di dalam wudhu dan lain-lain yang memerlukan mungkin huraian yang terperinci.

Saya hanya mahu memfokuskan pada satu sunnah yang teramat kecil dan teramat mudah; makan dan minum dengan tangan kanan.

Ia mudah tapi sukar. Makan dengan tangan kanan adalah biasa, tetapi minum dengan tangan kanan?

Saya tidak pasti protokol di dalam majlis bagaimana, tetapi yang saya lihat, dari orang dewasa sampai kanak-kanak, kebanyakan yang saya jumpa minum dengan tangan kiri.

Saya pernah menegur anak buah saya yang minum dengan tangan kiri, dia menjawab bahawa makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kiri. Saya menerangkan kepada dia Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam menyuruh makan dan minum dengan tangan kanan. Bahkan makan dan minum dengan tangan kiri adalah perbuatan syaitan.

Hadith ini seolah-olah dilupakan, seolah-olah tidak pernah wujud, seolah-olah ustaz dan ustazah di sekolah tidak pernah mengajarkannya. Jangan pelik jika anda melihat ustaz dan ustazah tanpa segan silu minum dengan tangan kiri.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:


Apabila seseorang kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya [ Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2020 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum...). Di nukil dari buku online 7 tipu daya Syaitan]

Bila saya duduk makan dengan anak buah saya, dan di sekeliling ialah orang dewasa, tatkala melihat dia minum dengan tangan kiri, saya akan terus menegur dengan suara yang kuat, dan saya sedar ketika itu orang sekeliling saya sedang minum dengan tangan kiri.

Boleh sahaja saya menegur anak buah saya dengan suara perlahan, tapi sasaran saya ialah orang sekeliling, biar mereka dengar apa yang saya tegur pada anak buah saya. Saya mungkin tak mampu nak tegur orang dewasa secara 'direct', jadi itulah cara yang saya lakukan.

Saya tidak mahu memberi komentar kepada teknik sesetengah daripada kita yang mana memberikan alasan tangan kanan kotor, lalu cawan dipegang dengan tangan kiri. Jadi untuk mencukupkan syarat minum dengan tangan kanan, maka ditopanglah di bawah cawan dengan tangan kanan. Wallahua'alam saya tidak berani menyatakan ia boleh atau tidak, termasuk dalam sunnah minum dengan tangan kanan atau punah minum dengan tangan kiri. Cuma saya teringat kuliah Ustaz Arif Nazri, begitu juga rakaman kuliah Dr. Abu Ameenah Bilal Philips yang mengkritik amalan sedemikian. Beliau menerangkan bahawa cuba mereka yang buat begitu alihkan tangan kanan mereka, apakah cawan akan jatuh? Pasti tidak, sebaliknya cuba mereka alihkan tangan kiri mereka, pasti cawan mereka jatuh. Ini menunjukkan sebenarnya mereka minum dengan tangan kiri, bukan tangan kanan.

Ketika bersama adik-adik di kem-kem ibadah. Saya selalu mengungkapkan, "Hah nak jadi kawan syaitan, minumlah dengan tangan kiri". Jika di kem ibadah remaja IQ baru-baru ini, saya sering dengan rotan di tangan memerhatikan adik-adik lelaki minum, sesiapa yang minum dengan tangan kiri pasti disergah oleh saya.

Saya harap, biarlah sekurang-kurangnya selepas 3 hari itu, mereka mendapat sedikir perubahan ke arah sunnah, sekurang-kurangnya berubah dari minum dengan tangan kiri ke minum dengan tangan kanan.

Saya sebenarnya tidak faham kenapa hal sekecil ini diabaikan, diremehkan, dan akhirnya ia berleluasa.

Jika sunnah sekecil ini gagal kita pertahankan, bagaimana kita mampu nak mempertahankan benda yang lebih besar dan lebih berat?

Wallahua'lam.




No comments: