Friday, 12 June 2009

Satu Lagi Kejayaan.. Teruskan Kempen Boikot Barangan Israel!

SHAH ALAM, Ahad 6 Jun 2009, Kempen gerakan boikot barangan Israel perlu diteruskan di Malaysia, kerana baru-baru ini satu lagi kemenangan bagi gerakan boikot, apabila Veolia Transport, anak syarikat dari perusahaan multinasional Perancis, Veolia Environnement telah membatalkan projek kerjasamanya dengan pemerintah Israel untuk membangunkan laluan yang akan menghubungkan antara pemukiman-pemukiman Yahudi di wilayah pendudukan haram Israel di Palestin.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, di majlis makan malam antara ahli-ahlinya di sebuah restoran di sini. Menurutnya kumpulan-kumpulan gerakan boikot Israel berjaya memaksa Veolia Transport membatalkan projek bernilai jutaan dollar itu, walaupun terpaksa mengalami kerugian. Veolia sudah berusaha menjual lima persen sahamnya dalam konsortium projek tersebut ke perusahaan lain, usaha itu menemui kesulitan kerana perubahan struktur pemegang saham itu perlu mendapat persetujuan Tel Aviv.

"Pembatalan yang dilakukan oleh Veolia Transport menjadi kemenangan bagi kumpulan pemboikot barangan Israel di Eropah, yang juga berkempen agar perusahaan-perusahaan di Eropah memutuskan kerjasama ekonomi dan pelaburan di Israel. Sepatutnya di Malaysia, gerakan tersebut akan berterusan bahkan perlu digembeling lebih kuat..." Kata beliau lagi.

Veolia telah mengikat kontrak-kontrak jangka panjang dengan kerajaan Israel untuk pembangunan infrastruktur dan projek pengolahan sampah yang memakan masa 25 tahun, seperti yang disebutkan Tom Hayes dari Boycott Israeli Goods (BIG) di England. Kalau jadi dibangunkan projek laluan tram itu, ianya akan memudahkan trasportasi pemukiman pendatang Yahudi di kawasan Jerusalem Timur dengan pemukiman pendatang Yahudi di Tepi Barat.

Dengan itu, rejim Zionis Israel terus menguatkan cengkaman penjajahannya di Jerusalem Timur, walaupun masyarakat antarabangsa telah mengharamkannya. Sejak Veolia Transport menyatakan kerjasama dalam projek di Israel itu, perusahaan Perancis tersebut telah mendapat kecaman dari berbagai kelompok Palestin di Eropah, kerana penglibatan dalam Veolia adalah melanggar peraturan antarabangsa.

Omar Barghouti, ketua Boycott Divestment Sanctions yang pernah berkempen menghancurkan tembok pemisah Israel di Tebing Barat sejak 2004, telah mengungkapkan kegembiraannya atas keputusan Veolia dan menilai keputusan Veolia sebagai kemenangan dan kejayaan atas kempen mereka.

"Sepatutnya kita di Malaysia tidak akan berhenti kempan boikot barangan Israel, selagi keganasan Israel tidak lenyap dari muka bumi ini!" Tegas Dr Hj Mohd Hasyim lagi.!(AK)


sumber : http://www.ibnuhasyim.com (ibnuhasyimblogspot)

No comments: