Sunday, 9 August 2009

SELANGKAH KEHADAPAN BUAT PUTERI KU..AISYAH MUNIRAH..

Hari ini pagi2 lagi kami sekeluarga keluar rumah untuk menghantar munirah ke sekolah barunya sekolah sains seri puteri kuala lumpur..
Alhamdulillah dekat je, tak lah jauh sangat untuk kami menjenguk dia nanti..
Dia yang susah hati dan nervus sampai tak lalu nak breakfast... sian anak ummi..



masa ni kat Dome..diberi penerangan oleh kakak senior...
saat untuk kami berpisah, setelah selesai segala urusan isi borang dan segala yang berkaitan dan sesi penerangan dan melawat kelas dan kawasan persekitaran sekolah.
munirah begambar dgn nina, nurul dan baba..

sukar untuk umie melepaskan tatak sendirian disini...tanpa kami semua...hanya airmata saja yang mampu umie lepaskan bersama.. langkah2 tatak..
umie tak mampu berselindong disebalik ini semua.. tak sanggup lepaskan tatak....
air mata perpisahan...semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita semua...
Buat Tatak...ummi sentiasa mendoakan semoga Allah limpahkan segala RahmatNya kepada anak2 dan zuriat keturunan ummi. Walaupun umie berat untuk melepaskan tatak... tetapi umie redha... ini semuanya datang dari Allah.. ini ujian buat kita semua... Umie berdoa kepada Allah semoga KURNIAAN Allah ini tidak menjadi satu FITNAH buat kita sekeluarga diakhirat kelak. Biarlah Kurniaan Allah ini.. kita sekeluarga mendapat menfaat dan Rahmat dari NYA apabila kita semua dikembalikan semula kepadaNYA...

Tatak merupakan sayap kanan umie dirumah... memang amat terasa tanpa tatak disisi kami semua.. umie dengan adik2 dan opah lagi.... memang merasa ringan dengan bantuan tatak disisi kami semua. Tapi apa kan daya... Allah Maha Adil Maha Bijaksana.. Maha Mengatur.. Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat didalam yang tersurat.. umie terima KURNIAAN Allah ini dengan hati yang terbuka dan sujud syukur umie panjatkan kepada ALLAH..S.W.T.

Semoga kita semua tabah dan sabar.. dengan dugaan dari Allah ini.. terutamanya tatak... kuat kan semangat.. kejayaan tatak nanti bukan setakat didunia sahaja tetapi adalah lebih penting lagi untuk bekalan kita semua diakhirat nanti adalah pembakar semangat untuk adik2 semua untuk menjejaki langkah tatak kejayaan didunia ini.. dan lebih penting kejayaan untuk diakhirat nanti...itu doa umie. tak ada makna kejayaan didunia ini jika tidak selari dengan kehendak ALLAH.

Tatak...ingat pesan umie ini.. INGAT...ALLAH ADA DIMANA2.. bukan setakat didepan umie dan baba je. JANGAN HIPOKRIT DIDALAM MENJAGA SYARIAT ALLAH. ALLAH SENTIASA MEMERHATIKAN TATAK WALAUPUN UMIE DAN BABA TIDAK DISISI TATAK.
Tatak.. mohon umie... sentiasa jaga sholat, jaga akhlak, jaga peribadi sebagai seorang muslimah, tutup aurat dengan sempurna seperti yang di kehendaki oleh Rasulullah. merendah lah diri selalu...
TATAK dan adik2 sentiasa didalam doa umie....
RABBIHABLI MINLADUNKA ZUURIATAN TYOIBATAN INNAKA SAMIUUDDOA...

Kami semua sayang dan rindu kan tatak...

3 comments:

Iridescent Aisyah said...

umi nak balik......... :'(((((((((((((

Shida Rahman said...

sabarr la darling...kuatkn smangat. banyakkan berzikir kalu susah hati. ingat tawakkal bebanyak kepada Allah, InsyaAllah akan bantu.. yakin dengan bantuan Allah tatak... yakin Allah sedang menguji kita.. InsyaAllah.. tenang hati tatak...
umi baru jer lepas buat seri muka utk tatak...InsyaAllah..ingat Allah selalu... berzikir.. lapang dada...

Bukhary&Muslim said...

sedih bc n3 ni...berlinang jg airmata saadah...masa saadah dlm pantang muslim, bukhary tggl dgn mujahid kat johor, hujan lebat jg ler saadah kat kg...x pernah berpisah...tatak sabar ye...tatakkan budak pandai...