Monday, 22 March 2010

Taiping, KAMALODGE DI KAKI BUKIT LARUT....

Cuti sekolah yg lalu, kami sekeluarga bercuti dan berehat di Taiping, menginap di KAMALODGE, terletak di tepi kaki bukit larut.  Memang susana di taman tasik dan sekeliling nya memang mendamaikan, terutama bila lepas hujan. Mengingatkan kami suasana semasa di Manchester dulu-dulu..

kakak, saufi dan abrar.. bergambar depan entrance.. kebetulan diletaknya beca roda tiga, they are really exceited u..nak pusing-pusing.

baba ngan saufi,..kenapa bang..ponet ekk..layan karenah anak2 ye, tak per.. tu sebab anak2 sayang babanya lebih.. Dari rawang terus ke butterworth, melawat bonda tercinta disana, rileks 2 3 jam, sampai nak dating ngan kak lili pun tak sempat, lepas tu patah balik semula ke taiping, sampai taiping dah maghrib. Lepas sholat, keluar makan.. bawak pulak anak2 ke night safari.. memang letih yer bang. Lepas tu melepek ya..kepenatan...



Taiping sekarang ni dah ada leisure mall, kami boring menunggu baba ada kerja yg perlu diselesaikan, menghabiskan masa di situ, tidak soping2. dah lupa apa ke namanya mall ni.. Untuk mengumbirakan abrar dan abg chik nya aka saufi.. Tapi sebelum tu, kami ke hospital taiping, melawat abg sepupu yg sakit disana. abang sepupu saya ni org kuat 'sahabat' di kuala kangsar, semasa melawat dia..ramai jugak dikalangan 'sahabat'2 yg menziarahi dia.
My dream coms tru..kata saufi, dapat pandu motobike besor kata nya.. lebor betul senyumnya...
Second night nya, we all having dner di kuala sepetang, makan mee udang 'MAK JAH' , mengikut ceritanya, hebat rasa mee udang nya.  Ternyata.. biasa2 aje rasanya.. Mee udang., tapi udang tak berapa nak masak. not for de second time please, pssttt to hubby..

No comments: