Kurniaan Allah yg terbesar buat diri ku, apa bila diberi kesempatan dan rezeki untuk menyahut seruan dari Nabi Allah Ibrahim.. Inilah selalu ku doakan setiap waktu dan ketika.. agar diberi kesempatan utk menjadi Tetamu NYA.. Alhamdulillah.. dengan limpah Rahmat dan Kasih Sayang NYA aku dan suami telah dijemput dengan RASMI oleh NYA utk menjadi tetamu diRUMAH NYA pada tahun 2011 bersamaan 1432 hijiri...untuk mengerjakan haji di Baitullah...
MasyaAllah..inilah saat2 yg paling indah dlm hidup...tanyalah kepada semua org yg dapat merasai pengalman ini.. tiada bahasa yg indah dapat diungakap kan untuk menaksir kan kata2 hati nurani... Indahnya saat2 ini.. indah nya saat bersama2 mu.. Ya Allah aku merindui utk bersholat di depan baitullah.. aku merindui saat aku dan suami beriktikaf di rumah MU Masjidilharam...
Ya Allah..Mabrur kan lah kerja2 haji ku dan suami, Mabrur kan lah Ya Allah... amat sukar utk mendapat tingkatan haji yg Mabrur.. Ya Allah.. Makbulkan kerja2 haji aku dan suami Ya Allah.. peluang yang ada utk yang kali kedua memang tipis utk kembali semula sebagai Tetamu MU Ya Allah.. tetapi semua itu segala didalam urusan MU.. sekiranya Engkau mengkehendak kan ianya berlaku.. KUN FAA YAA KUN, maka ianya akan terjadi.. Aku kembali berdoa utk menjadi tetamu MU untuk yang ke sekian kali nya.. Ameennn Yaa Rabb...
semasa bermabit di Muzdalifah... Ya Allah..sediakanlah tempat ku di Muzdalifah Ya Allah... ini lah doa yg sering aku panjat kepada Mu Ya Allah sebelum Engkau menjemput ku sebagai tetamu MU Ya Rabb.. Haji berdebu dan berkusut masai... Kemuncak kerja2 haji semasa di Arafah menyebabkan kami dapat merasaknnya semasa di Muzdalifah..tidor malam berlangitkan langit, berlantaikan tanah dibumi Muzdalifah menjadi tempat utk menghilangkan lelah kami sebentar semasa dibumi Arafah.. Alhamdulillah pengalaman yang manis buat semua orang yg menjadi Tetamu NYA..
hari bersejarah dalam hidup kami berdua, setelah berbelas2 hari didalam ihram.. hari ke 10 zulhijah lontaran di Jamrat Kubra..untuk melepaskan kami didalam pantang larang ihram 12 pekara selain dari 3 pekara.. airmata ditumpahkan kerana terharu dengan Rahmat dan Kasih sayang MU Ya Rabb... Engkau tidak mensia2kan doa2 ku.. Ya Allah.. Alhamdulillah.. kerja2 haji Ifrad telah kami selesaikan dengan penuh kesyukuran kepada MU Ya Rabb, dengan pertolongan dan hidayah MU kami dapat menjalankan nya tanpa sebarang dugaan yang besar2 boleh menganggu ibadah kami kepada Mu Ya Rabb...
Bersambong......
No comments:
Post a Comment