Thursday, 26 August 2010

HADIS PILIHAN - PUASA LIDAH

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” 
 
Hadis riwayat : Bukhari
  
Huraian
 
1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membantalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.
2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.
3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.

Friday, 23 July 2010

Hadis Pilihan - Alamat Mimpi

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:” Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar.
Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:
(1) Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,
(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,
(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”


(Hadis Riwayat Muslim)

Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.

Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

Wednesday, 21 July 2010

Harapan lebih tinggi dari menara berkembar...

Kalu tak betul caranya memang boleh stress dan menjebakkan diri kita kedalam laknat Allah dan RasulNYA.  Allahuakbar.. bagi aku besar sungguh dugaan dari Allah ini, bila ianya melibatkan syurga dan neraka sesorang.  Apakan daya.. aku terus berjuang selagi hayat dikandong badan untuk mendapat Rahmat dan Kasih Sayang Allah S.W.T... Wahai Allah.. bantulah aku, janganlah aku dibiarkan dan dilupai tanpa bimbingan pertolongan MU ya Allah..

Terkenangkan pengorbanan salah seorang abang yang begitu sabar menjaga bonda tersayang, tak pernah dengar rungutan penat atau ketidakadilan yg dirasakan olehnya terhadap waris2 yang lain.  Ditumpahkan perhatian sepenuhnya kepada bonda,  takala kami yg isteri2 kepada suami2 jarang2 dapat melaku sebegitu rupa sempurna perhatian terhadap bonda... Yang tidak boleh aku lupakan pengorbanan abang aku ini... dipakaikan bonda diapers, sudah diselesaikan  segala keperluan bonda, barulah dia beredar pulang kerumahnya disekitar kawasan itu..dan bonda ku tidor ditemani ayahnda pada masa itu masih lagi sihat walafiat..

Aku kini diuji dengan IBU MERTUA KU....yang serba serbi kekurangannya..

Tuesday, 20 July 2010

Thursday, 15 July 2010

Karnival Amal Masjid Bandar Country Homes...


 Walaupun kedatangan ustaz Zahazan ke gerai buku Galeri Ilmu, dan juga kumpulan nasyid Assufi, ianya tidak menjadi tarikan untuk orang ramai datang untuk memeriahkan karnival tersebut.  Kehadiran jemaah kariah disekitar bandar country homes memang mengecewakan.  Setiap acara bicara ilmu hanya banyak kerusi dari manusia. AJK masjid mungkin perlu memikirkan sesuatu untuk menarik perhatian setiap orang tidak merangkumi orang2 islam sahaja...
apa kata kita buat konsert dimasjid, panggil artis2 popular dan dikenakan syarat berpakaian sopan dan menyanyi lagu2 yg sesuai untuk suasana majlis...
ni adik2 sedang menunggu acara seterusnya..kanak2 memang ramai sbb ada game yg disediakan hadiah..

ni budak kecik juara carrum...
ini plak acara congkak bagi peserta2 remaja permpuan...
yang ni plak acara dart utk budak lelaki...
yang ini plak acara congkak dari para kaum muslimat.. yg masuk game ni, kakak2 yang bukak gerai, muslimat dari country homes ..tak der pun...
prof madya Hafizi begitu semangat menceritakan perjuangan Aqsasyarif..tapi yg mendengarnya memang ramai kerusi...
Yb Gan di malam majlis penutup..karnival tersebut...

Monday, 12 July 2010

GAMBAR2 SEKITAR PENUTUP KRUSUS HAJI DAN PRAKTIKAL.. TAWAF, SAIE DAN MELONTAR JAMRAH...

Replika Baitullah, Makam Ibrahim.. Hijir Ismail dan Jamrah.. 
sumbangan dari tabung haji..

Ustaz Nizam yang sentiasa bersemangat dan tak lokek ilmu untuk dikongsi bersama2 jemaah.

Para jemaah sedang diberi tunjuk ajar untuk ber tawaf dengan cara yang betul.
 


 
 Tengah panas 12 tnghari, ustaz masih bersemangat memberi penerangan berkenaan "Ber saie"

dinasihatkan utk berlari anak2 kepada kaum muslimin dan berjalan agak laju bagi muslimat..
ramai yg dah tak tahan dgn terik bahang matahari..kita minum air zam-zam dulu kat ustaz..

walaupun nampak mcm dah penat, tapi semuanya sentiasa memberikan perhatian kepada penerangan ustaz Nizam...
 
Ustaz sedang memberi penerangan berkenaan untuk melontar jamrah...
lontaran saya tersasar tidak mengenai sasaran, tetapi kalu masuk ke lubang kira sah..

Hantar Nina di sekolah baru...sek sains cheras..

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya.. InsyaAllah Keredhaan Allah Matalamat kita, Semoga pengorbanan kita semua dikira disisi Allah S.W.T.. ganjaran nya... Syurga ..
Baba sayang nina..alwayssss..
semua sayang nina....
 UMIE DAN BABA SERAHKAN NINA KEPADA PENGAWASAN.. YANG MAHA BESAR LAGI MAHA AGONG.. SEMOGA..SENTIASA DIDALAM LINDONGAN DAN KERAHMATANNYA SELALU..AMEENNNN.. we luv n miss u...
umie, baba, kakak, saufi n abrar....