Saturday, 18 September 2010
my besday today..
tapi ni bulan org putih, .bulan islam.. dah lepas dah..bulan islam dah berkurangan. Bulan org putih bertambah..
Gambar2 dipagi syawal 1431.. 11 sept. 2010..
Dipagi syawal.. saufi dan abrar..
saufi, abrar dan baba.. dah jadi geng2 songkok tinggi..???.. tidak sama sekali..tidak!!!!

HADIS PILIHAN - Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”
Hadis riwayat : MUSLIM
Huraiannya :-
1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.
2. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.
3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan jua akan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.

Thursday, 26 August 2010
HADIS PILIHAN - PUASA LIDAH
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
Hadis riwayat : Bukhari
Huraian
1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membantalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.
2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.
3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.
Friday, 23 July 2010
Hadis Pilihan - Alamat Mimpi
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:” Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar.
Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:
(1) Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,
(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,
(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.
Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.
Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.
Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

Wednesday, 21 July 2010
Harapan lebih tinggi dari menara berkembar...
Kalu tak betul caranya memang boleh stress dan menjebakkan diri kita kedalam laknat Allah dan RasulNYA. Allahuakbar.. bagi aku besar sungguh dugaan dari Allah ini, bila ianya melibatkan syurga dan neraka sesorang. Apakan daya.. aku terus berjuang selagi hayat dikandong badan untuk mendapat Rahmat dan Kasih Sayang Allah S.W.T... Wahai Allah.. bantulah aku, janganlah aku dibiarkan dan dilupai tanpa bimbingan pertolongan MU ya Allah..
Terkenangkan pengorbanan salah seorang abang yang begitu sabar menjaga bonda tersayang, tak pernah dengar rungutan penat atau ketidakadilan yg dirasakan olehnya terhadap waris2 yang lain. Ditumpahkan perhatian sepenuhnya kepada bonda, takala kami yg isteri2 kepada suami2 jarang2 dapat melaku sebegitu rupa sempurna perhatian terhadap bonda... Yang tidak boleh aku lupakan pengorbanan abang aku ini... dipakaikan bonda diapers, sudah diselesaikan segala keperluan bonda, barulah dia beredar pulang kerumahnya disekitar kawasan itu..dan bonda ku tidor ditemani ayahnda pada masa itu masih lagi sihat walafiat..
Aku kini diuji dengan IBU MERTUA KU....yang serba serbi kekurangannya..

Tuesday, 20 July 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)