Monday, 23 February 2009

IBU MERTUA KU.....




Meniti usia kesorangan dikampong takala anak2 kesemuanye telah mempunyai tanggongjawab terhadap tanggong jawab yg telah di amanahkan oleh Allah. Disaat penyakit alzeihmer nye masih tiada penghujungnye. disaat dirinye yg sudah tua dan penyakit alzeihmernye meruncing, kesetiaan dan kesabaran anak2nye tak berbelah bagi terutama anak lelakinye.
karenahnya benar2 menguji kesabaran..tetapi Alhamdulillah diorang manage to cool down dengan setiap kali karenah yg duji. Doa sering dipanjat kan semoga suami dan adik beradik lelakinye dikurniakan kesabaran dalam menghadapi ujian dari Allah ini.

Bagi diri ku sendiri selalu ku pohonkan kepada Allah SWT, semoga menganugerahkan aku kesabaran, sentiasa berlapang dada dan redha dengan segala ujian yg diuji melalui ibu mertuaku ini. Kerana aku sedar SYURGA suamiku berada dibawah tapak kakinye.

Aisyah bertanya kepada Rasulullah,
"siapakah yg paling berhak atas diri seorang wanita" Nabi SAW menjawap "suaminye".
Aisyah bertanya lagi, "siapakah yg berhak keatas diri seorang lelaki" Nabi SAW menjawap "Ibunye"
(riwayat hakim)

Tetapi bagi diriku, ini bukanlah tiket untuk anak2 prempuan lepas tangan, dengan semua tanggong jawab diserahkan kepada anak2 lelaki. Masing2 ada peranan masing2 dalam menjaga amanah Allah ini. Kalau kita inginkan keberkatan dalam hidup ini, tiada istilah anak lelaki anak prempuan, masing2 tahu tanggong jawab masing2 disisi Allah, maka seorang ibu tak akan dipersiakan oleh anak2 prempuan mau pun anak2 lelaki. Kerana Allah sedang MEMANTAU KITA ....

1 comment:

Tyazizul said...

thanks...
sedey la..
bile mau ke mari.
kemain mama vogue ni..
dah ad blog gitu
kirim salam semua!
nina dah study hard ke?