AWALLUDDIN MAQRIFATULLAH..maksudnya.. AWAL2 AGAMA MENGENAL ALLAH. Inilah kami ingin terap kedalam diri anak teruna kami ini. Cintakan ALLAH dan Rasul NYA.. diawal usianya.
Walaupun pada mula ummi nye agak keberatan nak hantar saufi ke taska yg lebih berteraskan agama, kerana ummi mahukan saufi lebih fasih berbahasa inggeris seperti kakak2nye. Tetapi baba saufi bekeras mahu saufi didedahkan dengan enviroment yg memuji Allah, yg selalu menyebut2 nama Rasulullah. Diawal usia sebegini baba mahu saufi biasa mendengar doa2, zikir2, dan dikelilingi oleh ustazah2 yg menjaga aurat nye. Alhamdulillah... saufi kata dia nak pegi sekolah agama.. (mungkin dia pun tak faham apa itu sekolah agama). Mendidik anak2 untuk mencintai Rasulullah adalah satu tuntutan. InnsyaAllah.. semoga Allah sentiasa membantu kami untuk istaqamah didalam mendidik anak2 seperti mana yg dikendaki ALLAH dan Rasul NYA..Ameen.
2 comments:
Amboi dah masuk sekolah hero kita ni, dulu auntie tgk still baby, sekarang ni dah sekolah, apa pun semakin hari semakin cerdik saufi.
yer ler auntie, dah beso dah cepat benor masa berlalu yer.. makna nye ummi nye pun dah bertambah tue ler.
Post a Comment