sumber - kosmo online
MOSCOW - Prosedur bedah siasat terhadap selebriti Islam seperti Michael Jackson untuk mengenal pasti punca kematian raja pop itu adalah harus di sisi Islam, kata mufti kanan Rusia, Damir Gizatullin.
"Dia ialah seorang tokoh dunia dan bekerja demi keamanan dan kasih sayang. Dia kepunyaan seluruh dunia. Doktor dan pakar perlu melakukan bedah siasat," katanya.
Dalam wawancara yang disiarkan agensi berita RIA, Novosti semalam beliau memberitahu jutaan peminat Michael perlu tahu punca kematian penyanyi berkenaan untuk mengelakkan fitnah atau kesangsian mengenainya.
Michael yang mesra dikenali sebagai Jacko sebelum ini seorang penganut mazhab Kristian Jehovah dilapor memeluk Islam dalam satu majlis di kediaman seorang rakannya, Steve Porcaro di Los Angeles hujung tahun lalu yang turut dihadiri penyanyi popular Yusuf Islam dan beberapa rakan lain.
"Seorang imam dipanggil dan Michael kemudian melafazkan dua kalimah syahadah," kata satu sumber.
Menurutnya, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel sempena nama salah satu malaikat dalam Islam.
Penyanyi berusia 50 tahun itu dilapor memeluk Islam setelah menunjukkan minat mendalam terhadap agama suci itu susulan bimbingan pertubuhan Islam utama di Amerika Syarikat, Nation Of Islam (NOI) yang diasaskan olehWallace D. Fard Muhammad pada 1930 selain tunjuk ajar abangnya, Jermaine yang memeluk Islam pada 1989.
"Sekembalinya saya dari Mekah, saya memberikan beberapa buku tentang Islam kepada Michael dan dia banyak bertanya soalan mengenai ajaran tersebut lalu saya berkata kepadanya, Islam adalah indah dan mententeramkan," kata Jermaine. - Agensi
2 comments:
Kak Shida,
Cik moon dok pikir jugak esok2 ni nak tanam michael ni adakah cara islan atau macamana, memang dia dah masuk ilsam tapi taulah kat sana macam-macam boleh jadi.Harap sangatlah semua berjalan lancar, dan dia pun disemadikan cara islam.
k.cda pun sama cik moon, cuba cik moon perhatikan, tak ada satu tulisan dari reporter disana, mengistiharkan matinya ataupun mengkaitkan dia sebagai seorang muslim, unless statment dari abang dia saja yg menampakkan dia sebenar seorang muslim. tak der pun diorang tulis tentang yg dia dah peluk islam sebelum kematian nya... cuba cik moon tengok... media barat punya penangan....
Apa2 pun kita bersyukur ye cik moon sebab di akhir2 hayat dia adalah seorang mengucap syahadah...
Allah selamatkan dia.. Insyaallah.
Post a Comment