Friday, 16 October 2009

Kenapa mesti kita bersahabat???

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

1 comment:

Unknown said...

Salam, saya menghadapi dilema untuk menjaga ibu yang sudah uzur dan berusia. ketika ini ibu saya dijaga oleh kakak saya yang tinggal di Kampung. Soalnya rumahtangga kakak saya juga ribut bila suaminya tak restu dia jaga mak saya. Tapi dia berkeras dan lawan suami kerana semua tiga orang anaknya mak yang besarkan sampai dah kerja. Jadi kakak rasa dia nak balas jasa mak pulak. Masaalah yg kakak saya hadapi menyebabkan dia hidup tak tenteram dan selalu gaduh dengan mak, suami dan anak-anaknya. Mak rasa tak selesa tinggal dengan kakak. sesekali dia tinggal dirumah saya. Namun kehadirannyya tidak disenangi oleh isteri saya. Malah sejak awal perkahwinan lagi ternyata isteri saya memang tak boleh terima orang lain nak tumpang kasih atau menempel dalam rumahtangganya. Walaupun urusan mak saya tak perlu dipersiapkan oleh dirinya kerana sayalah yang menguruskan hidup ibu saya sepanjang dia tinggal dengan saya. Namun orang tua sangat sensitif bila orang buat tak peduali dia rasa malu dan minta hantar semula ke kampung. Saya tak boleh nak bincang perkara ni sebab akan jadi pasal dan gaduh saja. Tapi saya rasa berdosa bila tak dapat nak jaga ibu sedangkan ibu selesa dengan saya. saya pun tak ada keberatan untuk jaga ibu. Takkan lah saya sampai nak bercerai dan mak pun tak mahu anak-anak saya jadi mangsa keadaan ini. Bolehkah saya bawa ibu saya tinggal dirumah lain dan jaga dia disana sambil terus saya menguruskan anak-anak saya seperti biasa. Soalnya isteri saya tidak redha dengan apa yang saya buat dan asyik persoalkan peranan kakak saya. tolong bantu saya selesaikan masaalah ini.